October 27, 2009

Apa Ertinya Hidup ???

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar atau tidak sedar kehidupan kita di atas muka bumi Allah mempunyai tanggungjawab dan bebanan yang perlu di pikul. Manusia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumiNya kerana manusia di anugerahkan akal berbeza dengan haiwan. Manusia perlu mentadbir alam ini kearah yang sejahtera dan senantiasa dalam keadaan kebaikkan . Maka mahu tidak mahu pekerjaan dakwah (amar ma’ruf nahi mungkar) tidak boleh dicicirkan dan di alpakan. Dakwah adalah kemuncak yang bersumber daripadanya semua urusan agama..Kerana itu pula, Allah Ta’la telah menurunkan semua KitabNya, dan mengutuskan sekalian RasulNya.
Oleh sebab itu, kita mesti berasa bertanggungjawab untuk menolong agama Allah. Jangan sama sekali terus lena dalam kelalaian dan terus tenggelam dalam kemaksiatan sehingga kita leka dan alpa dengan tanngungjawab sebagai khalifah Allah..musuh kita tidakpenah mengerti istilah penat dan letih dalam menjalankan rancangan untuk menghancurkan Islam. Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran, Allah Ta’la telah berfirman:

Maksudnya: “ mereka hendak memadamkan cahaya Allah ( ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan Allah menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan demekian itu).Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa pertunjuk dan agama yang benar ( agama Islam), untuk di menangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (surah at-taubah:32-33)

Dan ALLAH juga berfirman yang membawa maksud :

Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya. Dialah yang mengutus rasul-Nya (Nabi Muhammad s.a.w) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (surah as-saff: 8-9)

Wahai Sahabat yang dikasihi,
Yahudi dan Nasrani tetap akan terus berusaha dan mencari jalan untuk memadam dan melenyapkan Islam di atas muka Bumi Allah ini..mereka tidak sedar bahawa agama yang mereka ingin padamkan adalah agama yang datang dari tuan punya Bumi ini melalui kekasihNya, hambaNya, rasulNya iaitu Saidina Muahammad s.a.w. perbuatan mereka merupakan perbuatan yang sia-sia dan hanya membuang masa..Walupun begitu, umat Islam tidak boleh leka dibuai mimpi yang lazat sehingga kita tidak berusaha menyekat dan melawan rancangan Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak akan berhenti akan merobohkan kekuatan Islam sehingga umat Islam mengikut kehendak dan kemahuan mereka.


Mereka tidak akan redha akan kebangkitan Islam sepertimana yang telah difirmankan di dalam al-Quran:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu (wahai Muhammad) hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak dan nafsu mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Mereka tidak akan duduk senang sekiranya mereka melihat Islam terus berkembang dan diamalkan. Pelbagai strategi dan agenda yang mereka susun untuk menghapuskan Islam. Antara rancangan-rancangan yahudi ialah:
1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam
2) Hapuskan Al-Quran di dada umat Islam
3) Hancurkan akhlak umat Islam (mukmin) supaya mengikut hawa nafsu
4) Lenyapkan persatuan-persatuan Islam
5) Singkirkan dan menyekat pergerakan tokoh-tokoh Islam
6) Rosakkan wanita Islam dan bebaskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan
7) Merosakkan sistem pendidikan Islam
8) Pencilkan Islam dalam pelbagai sudut
9) Menanamkan sifat ragu-ragu terhadap Islam.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperbadian orang-orang Islam, dan kerana banyak tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut kepada adat dan cara hidup mereka semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekali pun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib disedari, dan dimana-mana yang telah kita terlanjur, maka marilah sahabat-sahabat kita kembali ke jalan yang benar.

Janganlah kita rasa resah dan gelisah dalam meneruskan risalah Muhammadiah ini. Kita bukan berseorangan di jalan ini, tetapi kita pasti dan yakin Allah sentiasa bersama kita. Allah akan menjaga cahaya agamaNya dari segala perbuatan khianat kuffar sepanjang zaman musyrikinkah mereka, yahudi/kristiankah mereka atau munafik???? Islam pasti dan pasti, yakin dan yakin akan menang.

Kata Hasan Al-Banna:

لا تكون إلا حسنتين إما النصر و إما الشهادة

Maksudnya: “ Kerja-kerja dakwah menjanjikan salah satu kemenangan, sama ada menang dapat memerintah atau syahid di kira menang syurga..”
Mari kita menghayati dan memahami perkataan yang dilafazkan oleh As-syahid Imam Hasan Al-banna agar ia dapat menyerap dan mengalir dalam salur darah badan kita dan agar ia dapat memberikan roh untuk berjuang untuk menolong agama Allah.

Kekadang merembeskan air mata membasahi pipi kerana mengingati dan menghayati sirah Rasulallah s.a w dan para sahabat baginda yang seperti bintang-bintang dalam menyampaikan Islam..pelabagai ujian, cabaran, mehnah yang dilalui oleh baginda dan para sahabat. Rasullah s.a.w tetap bersabar dan masih berdoa supaya Allah membuka hati umat-umatnya walaupun ia dalam keadaan dicaci, di tomah, di fitnah hatta ugutan bunuh terhadap baginda s.a.w..Dengan kepayahan, kesukaran, keperitan yang dilalui oleh Rasulallah s.a.w dan para sahabat, kita dapat mengecapai kenikmatan Islam..InsyAllah marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan rasulallah dan akan berkhidmat memberi jasa kepada Islam.hanya redhaMu yang kami tuntui. Amiin ya Rab..

Susunan,
Alfaqir ila Allah AlQawwiy
Muhammad.afif bin yahya alberlisi
(khadam penuntut ilmu dan ilmu)
26.10.2009 (7 zulkaedah 1430), 12.30 malam
Blok Aman. Kampus Tuanku Bainun, P. Pinang

October 24, 2009

Ayuh....mujahadah melawan nafsu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas segala nikmat IMAN dan ISLAM yang diberikan olehNYA. Sudah bersawang laman ni...ana benar-benar tak ada kekuatan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang ada. Namun sejak kebelakangan ini, banyak benar persoalan yang melibatkan hati dan perasaan...Manusia memang tidak akan lari dengan perkara yang melibatkan hati. Namun sejauh mana kita mengambil i'brah dari apa yang kita lalui.

Hampir 5 orang yang bertanyakan tentang perasaan dan sampai melewati malam sunyi ana berusaha untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan. Sedar akan kekurangan diri, ana meminta pertolongan seorang sahabat untuk menyediakan satu artikel berkenaan hati dan alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T, beliau berjaya untuk menyiapkan artikel ini...Semoga ALLAH memberkati beliau. Ameen Ya ALLAH...

RAMAI BERPANDANGAN, KITA PERLU BERCINTA UNTUK MENGENAL PASANGAN. TANPA PERKENALAN, MUSTAHIL CINTA BERTANDANG, TANPA PERCINTAAN, MUSTAHIL KESERASIAN DIKESAN…MEREKA SEBENARNYA TERLEPAS PANDANG, DALAM ISLAM ADA TAARUF YANG ADA SEMPADAN…TERPELIHARA DAN TERJAGA DARI KEMAKSIATAN.BUKAN TAARUF MELALUI BERCINTA SAKAN…ISLAM MENGAJAR SERASI DENGAN AJARAN TUHAN, BUKAN SERASI DENGAN KEHENDAK PASANGAN….CINTA AR-RAHMAN MENJANA KEBAHAGIAAN, LANTARAN ITULAH, BATASANNYA TIDAK BOLEH DIPERMAINKAN…

Dalam meneruskan bahtera pelayaran kehidupan ini, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan.Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingatiNya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulallah sepanjang masa.

Wahai pejuang islam,
Sedarlah. Kita sekarang berada di zaman yang penuh dengan fitnah, tribulasi, mehnah dan halangan..Ramai manusia sekarang tenggelam dalam melakukan dosa dan kemaksiatan..mereka terus tenggelam dalam melakukan kesalahan dan alpa kepada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri..Banyak sekali godaan untuk melakukan kejahatan dan banyak pula penghalang manusia untuk melakukan kebaikkan…maka wahai sahabat kita perlu mendidik hati dan jiwa supaya sentiasa berada landasan dan jalan yang diredhaiNya, justeru itu kita perlu pukulkan hati kita dengan cemati mujahadah maka akan bersinarlah cahaya makrifah.

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir).

Rasulallah s.a.w pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Sabda Rasullah s.a.w:” sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.” (riwayat muslim).

Hati ibarat raja kepada anggota badan.Hatilah yang berkuasa mengarahkan anggota badan melakukan itu dan ini, sama ada baik atau buruk. Jika seseorang itu melakukan perbuatan yang keji dan dilarang, itu bermakna empunya badan menerima arahan daripada hati yang tidak sihat. Walaupun hati adalah penjana dan pencetus kebaikkan atau keburukan, namun manusia diberikan oleh Allah nikmat yang membezakan manusia dengan haiwan iaitu akal. Dengan akal manusia dapat menentukan setiap tindakan dalam kehidupan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalih mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.

Jenis-jenis hati

Ulamak membahagikan hati manusia kepada beberapa jenis:
1) Hati yang sohih (qalbun sahih)
2) Hati yang mati (qalbun mayyit)
3) Hati yang sakit (qalbun maridh)

Racun hati
Racun hati kebanyakkannya adalah datang daripada anggota tubuh badannnya sendiri.
Anggota lidah apabila tidak pandai menjaga kata-kata, berlebih-lebihan dalam berbicara, suka mengadu domba, mengumpat, memfitnah dan berlebihan dalam pergaulan akan menjadi racun.
Manakala racun yang berpunca daripada mata pula ialah apabila berlebihan dalam melihat sesuatu yang diharamkan. Racun juga berpunca dari perut, apabila berlebihan ketika makan…pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya: “ janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti, kamu akan miskin amal solehmu, ketika bertemu Allah.”

Mengenal hati yang sakit

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyuk beribadah. Redalah dengan rezeki allah yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cinta bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya terlalu banyak ketawa itu mematikan hati.” (riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Kata Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata-katanya:
“ Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa.”

Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Siapa yang merasa senang oleh amalnya kebaikkannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman).” (riwayat al-Tabrani)


Tanda2 hati sakit
Seseorang itu dapat dilihat secara zahir bahawa hatinya sakit apabila dia mengekalkan perkara berikut:
1) Mudah marah
2) Bakhil
3) Riya’
4) Kejam dan zalim
5) Fasiq
6) Hasad dengki
7) Berat melakukan ibadah
8) Sombong
9) ‘ujub

Setiap penyakit ada ubatnya. Maka ubat yang paling mujarab dan berkesan ialah kembali kepada Allah dengan rendah hati. Jagalah ibadah terutamanya solat.
Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Banyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu.” ( Riwayat Muslim)

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Di dalam Islam, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di bataskan pada perkara yang tertentu sahaja dan di batas-batas yang tertentu
Percampuran yang di haruskan
Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu bergaul dan berinteraksi,kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi

Perkara-perkara itu adalah:
1) Perkara-perkara dharuriat
2) Perkara-perkara hajiat
Perkara-perkara dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contonya adalah:
1) Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai
2) Melarikan seoarang perempuan untuk menyelamatnya
Perkara-perkara hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. . Di antara contoh-contonya adalah:
1) Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
2) Persaksian
3) Melayan tetamu pada batasnya
4) Kerja-kerja jihad dan dakwah
5) Kerja-kerja kehakiman
6) Amar Makruf nahi mungkar
7) Belajar dan mengajar
8) Dalam kenderaan awam

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Adab yang perlu di jaga oleh pihak lelaki adalah:
1) Ucapan yang makruf dan sopan
2) Menundukkan pandangan
3) Tidak terhimpit-himpit
4) Tidak berkhalwat
5) Menghindari tempat syubhat

Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:
1) Iltizam dengan pakaian Islam
2) Ucapan yang tidak lunak atau bermanja-manja
3) Menjaga pergerakan

Wahai rakan seperjuangan:

Tidak boleh dinafikan bahawa Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Sudah menjadi fitrah manusia, yang sangat perlu perhatian, belaian kasih sayang dan sebagainya..oleh sebab itu Islam menekankan adab pergaulan, masalah dosanya zina, supaya menjadi garis panduan kepada manusia agar tidak hanyut dalam kemaksiatan dan dosa..Rasullah s.a.w juga telah mengajar kita begaimana ingin mencari pasangan hidup dengan ciri-ciri yang di utamakan oleh Rasulallah s.a.w..Baginda sangat menekan aspek agama berbanding aspek yang lain seperti kecantikan, harta, keturunan dan sebagainya. Pada ilmu Allah sejak azali lagi, Allah telah menulis jodoh seseorang hambaNya. Allah telah janji hamba-Nya yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga. Kita sebagai hamba perlu berdoa supaya Allah menjodohkan pasangan hidup yang baik, sejuk mata hati apabila memandangnya agar dengan asbab pasangan tersebut dapat membantukan kita dalam melakukan perkhidmatan dan ‘ubudiyyah kepada Sang Pencipta.

Kata Syeikh Ibn Ata’illah : “ barangsiapa yang memikir dan mengambil berat terhadap perkara yang telah dijanjikan oleh Allah daripada perkara2 haqnya terhadap Allah, maka ia merupakan dalil matinya mata hatinya.”

Disini al-faqir ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian, guru ana pernah berpesan jangan tinggalkan melakukan solat sunat istihorah pada tiap-tiap hari. Dengan istihorah kepada Allah kita dapat membuat keputusan yang tepat dan diredai oleh Allah. Amalan ini tidak pernah ditinggalkan oleh guru kepada syeikh al faqir iaitu Al- Imam arif Billah al-Muhadthis As-Sayyid al Habib Muhammad ibn alawi Ibn Abbas AlMaliki Alhasani ( ulamak besar Makah).

“ Segala apa yang kau pandang, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya"


Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya

Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut….”

Susunan,
Al faqir ilaAllah
muhammad afif bin yahya al berlisi (khadam peuntut ilmu )
23/10/2009 (4 Zulkaedah 1430), 2.50 pg
Blok Aman, IPGM Kampus Tuanku Bainun.P.Pinang



لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More