August 27, 2011

Terima kasih...

Walaupun blog ini belum disiapkan sepenuhnya...sy tetap ingin menulis =)

Bismillahirahmanirrahim…

Alhamdulillah, syukur,…=)

Saya selamat tiba ke negeri kesayangan jam 2.40 ptg, lebih kurang 2 jam 40 min dr bertam. Hari ni saya tak blh memandu mcm Schumacer, mana tidaknya, speed trap ntah kat mn2 ja…sapa nak bayar klu dah kena…=), sy tgk kereta lain pun tak laju sgt…sumenya dlm 120/j…tpnya sy sgt mengantuk sms memandu, ALLAH, hnya DIA yg m’bantu sy saat itu…

Praktikum dah berakhir, sekejap saja masa berlalu, terlalu sekejap saya rasakan…namun sekejap ini jugalah yg banyak mencatat sebuah memoir perjalanan. Lain benar praktikum ini, masakan tidak, banyak peristiwa yg manis dan sedikit yang pahit sepanjang 8 minggu ini. Walaupun ada yg pahit, namun ia tetap manis untuk dikenang…=)
Perjalanan perlu diteruskan, 5/9 akan bermula kuliah, mcm biasa, dan saya perlu bersedia dengan assignment yg perlu dihantar, kajian tindakan dan mgkn mcm2 lg…lumrah menjadi pelajar, apa perlu dibimbangkan…=)

Owh, jauh saya pergi, sy ingin kisahkan sedikit tentang praktikum yg sy lalui bersama 4 orang sahabat saya. Ya, sahabat yg sentiasa susah dan senang bersama…
Alhamdulillah, sy mendapat guru pembimbing yang baik, cantik …, =), bukan sj cantik tp sangat komited dalam menjalankan tugasanya.( GB pun mengakuinya) Kalau tak masakan beliau mendapat anugerah cemerlang. Terima kasih buat ustazah Sharifah Yahya @ kak Pah. Terasa benar diri ini dibimbing…=) Banyak tunjuk ajar yg diberi, teguran yg berbentuk nasihat akan saya gunakan sebaiknya…Untuk kak pah, terima kasih banyak2, hanya ALLAH sj yg dapat membalasnya…Barakallahufiki…

Sahabat saya yg juga sekelas, Hawa, bertuah juga, mendapat guru pembimbing yang sgt rajin serta begitu komited. Ustaz Rasyiddin. Hawa pun bertambah rajin….=)

Begitu juga dengan ustaz dan ustazah di sekolah ini, kak norma, kak nisah, kak kinah, kak shairah, kak sue, kak hasnah, kak zu, kak muna, kak faizah, kak joana kak khairiyah,,ust sabri, ust zam, ust aswad, ust syidin, & kak pah sumenya rajin-rajin…moga ganjaran dunia dan akhirat bakal kalian perolehi…=) Jujurnya saya gembira mendapat sedikit pengalaman dari kalian. Terima kasih juga buat kalian yang banyak membantu saya dan sahabat2 sepanjang berada di SKBI…


kak pah dan ust syiddin, guru pembimbing saya dan hawa...=)










Walau tiada yg membaca entry ini, sy tetap ingin menintakan rasa, agar ia tidak terbuku dihati. Kelak rasa itu akan mati dibuai mimpi…=)

Terima Kasih buat semua, kalian memberi satu pengalaman buat saya yg baru bertatih. Doakan saya agar terus diberikan kekuatan …Barakallahufikum.

Cukuplah tinta rasa saya untuk kali ini, banyak yg ingin sy kongsikan namun kesuntukan waktu menghalang sy untuk terus menintakan rasa…=)

August 21, 2011

Tinta Rasa



Bismillahirrahamanirrahim

Alhamdulillah, hampir 8 minggu saya menjalani praktikum. Entry kali ini berkaitan praktikum yang saya lalui. Namun, saya perlu ingatkan diri yang hina ini tentang adab saya dengan guru sebagaimana saya sering ingatkan anak didik saya dengan adab.

Jujur saya katakan, saya agak tertekan dengan praktikum kali ini, bukan bermakna tak seronok ditempatkan di sini, namun rasa yg sy lalui menyebabkan saya terlalu letih dan penat menghadapi hari-hari yg berbaki. Malu utk sy katakan penat, apa sangatlah usaha saya jika dibandingkan dengan yg lain…ya itu saya akui.

Minggu akhir…
Saya masih kalut membuat RPH walaupun org cakap minggu akhir ni kita seronok dah dgn murid2…kalutnya saya bukanlah sbb saya mendapat calon CEMERLANG…hmmm…cemerlang, jauh angan dari mimpi…=) dan sbb apa sy masih kalut dan tertekan…biarlah rahsia…hanya DIA pengubat segala rasa…=)

Setiap hari, saya bersedia, bersedia dgn segala kemungkinan, namun bayangnya tidak juga muncul, hinggalah air mata mengalir deras taktala satu ucapan keluar dibibir dan taktala tangan menulis sesuatu…saya tidak bimbang apa yg sy perolehi, sy bimbang ALLAH murka kerana menyebabkan keterlukaan pd hati ...saya tidak beradab!

Saya pergi menghantar assignment,berseorangan, dalam rasa yg berat untuk melangkah, pintu jabatn terkuak, dengar suara ustazah yg dikasihi,

"haa...alwani, baru duk sembang, panjang umur", =) ameen2...

saya melihat, ditangan ustazah ada jadual waktu sy...

kedengaran suara ustaz bertanya sesuatu pd sy namun dalam nada gurau, air mata mengalir laju, malu bukan lagi rasa diwaktu itu...ustaz kata, ustaz gurau ja, ya2...sy tahu, cuma sy tak dapat menahan rasa...

mata lansung tak memandang yg lain, hanya mata ustazah yg dapat ditatap. Ustazah menenagkan. ALLAH...saya dah berusaha, tp mgkn blm cukup...

Ustazah kata, jgn risau, kami akan pergi...alhamdulillah, syukur...namun sy bimbang pd hati yg terluka, pd keberkatan ilmu...

ALLAH, berat rasa yang ditanggung, namun sy harus ingat, musibah itu datangnya dr ALLAH, mengapa saya perlu merasa tertipu dengan nafsu…syukur, DIA masih peduli tentang saya…

Doakan saya…mg ALLAH menguatkan jiwa saya pada jalan ini.

Terima kasih pd yg memberi. Moga ALLAH member yg terbaik buat kalian

Saya sayang pada kalian.

Tahniah buat yg mendapat calon cemerlang

"cukuplah utk saya tintakan rasa, walau tiada yg mengerti"...=)

August 9, 2011

alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan. Pelbagai dan bewarna-warni. Yah, sudah masuk minggu ke-6 sy menjalani praktikum disekolah ini. Sedikit pengalaman ditimba sepanjang berada di sini. sikit bukan bermakna tak banyak, tp ia ia bermakna belum cukup untuk sy katakan banyak.

Hari ni, 9 09OS 2011, owh...
saya mengalami masalah sakit pada mata, bukan sakit mata, tP ketumbuhan kecil yg menyebabkan mata membengkak...=) atau istilahnya "ketUmbit"...
malu nak ke sekolah, sakitnya sebenarnya sudah dirasai sejak hr ahad lalu, tp saya tak fikir ia ketumbit, mgkn salah tidur...

semalam, sy ke sekolah, tp dengan keyakinan yg hanya 0.009%...rasa segan nak memandang, sebab bengkaknya jelas nyata.

HARI INI...

peristiwa 1
saya masuk semula ke kelas 4 nilam, iaitu kelas yang sy masih belum berjaya untuk mengawalnya. Air mata saya pernah mengalir taktala saya betul2 tidak dapat mengawal keadaan kelas ini. Hari ini menjadi sejarah apabila mereka datang ke depan kelas selepas kertas soalan dihantar,

saya : kenapa kamu semua datang depan?
mereka : sebab nak tgk mata cikgu...
saya : owh...kenapa ni, teruk sgt ke mata aku...(dalam hati nak tergelak)
saya : ni semua sbb kamu la mata cikgu sakit...
mereka ; hang la buat cikgu...(saling tuduh menuduh)
saya : ok2...duk tempat sume

peristiwa ke 2
sms pulang dr tadarus, bertemu dengan pelajar perempuan 4 nilam juga...

mereka : ustazah, amik la gambar kami
saya : ok, nnt ustazah amik.
mereka : ustazah, kenapa mata ustazah?
saya ; mata ustazah sakit
mereka : ingatkan pakai " mekeup"
saya : aduh, sampai mcm tu depa pk...tp saya tetap rasa nak tergelak...

ni hanya beberapa org yg jujur meluah perasaan, mungkin ada berjuta lagi pandangan murid terhadap saya !

saya tak kisah, itu hak peribadi, tapi mmg sgt kelakar ...sy tersenyum sendirian...=)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More