December 30, 2009

BINGKISAN BUATMU SAHABAT

بسم الله الرحمن الرحيم

BINGKISAN BUATMU YANG BERNAMA SAHABAT...

Sahabat,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As- Siddiq,
Ukhuwah terjalin keran al-Khaliq,
Aku ingin kita sepemaaf Yusof A.S,
Tetap mencintai saudaranya walaupun dihumban ke telaga tua,
Terpisah dari ayahnda bertahun-tahun lamanya...
Ku ingin pusara kita harum mewangi bagai harumnya pusara Masyitah yang semerbak kasturi.

Sahabat,
Ku ingin ukhuwwah kita yang indah ini bisa menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti.
Ya ALLAH, berkatilah persahabatan yang terjalin atas namaMU,
Ikhlaskan lah niat kami dalam setiap langkah kami,
Bantulah kami dalam setiap yang kami lakukan,
Pimpinlah jiwa kami menujuMu YA ALLAH...


Nukilan khas buat mereka yang sentiasa bersama dalam setiap langkahku. Ya ILAHI RABBI, redhalah ukhuwwah yang terjalin agar persahabatan ini akan berkekalan. Insya' ALLAH...Ameen ya ALLAH.




لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

December 25, 2009

Musafir...

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...syukur kepada DIA atas segala pemberian yang tak terhingga, tiada lafaz untuk menggambarkan perasaan yang sedang bermain di dalam jiwa ketika ini. Kembara Ilmu merentas 3 buah Negara baru selesai, namun, musafirku masih belum ada akhirnya.

Bermula dari awal cuti hinggalah hari khamis lepas, rumah hanya menjadi persinggahan. Seronok dengan nikmat yg ALLAH berikan. Namun, disebalik semua kembara yang berpanjangan ini, sudah tentu ada i'brah yang mengajar diri ini. Bermula 4/12/2009, ana sekeluarga ke Melaka untuk menghadiri walimah abang ezri dan kak aisyah di Melaka, di samping tu, ziarah kaum kerabat yg dah lama tak jumpa.


(hidangan buat tetamu)

lepas je kenduri, ana sekeluarga dan juga mak ndak ke Port Dickson, best sangat, bukannnya apa, rasa lama dah tak mandi laut...hehehhe...boleh mandi puas2 Alhamdulillah, pantai yang berdekatan dgn resort dan tertutup menyebabkan ana tak melepaskan peluang utk main2 di gigi air...dua hari disana agak menenangkan fikiran yg sblm ini deserabuti tugasan dunia. 2 hari disana, adik2 puas bermain...ana pula keletihan, sesentif skit dgn air laut yg sejuk. kemundian, kami bertolak ke KL untuk ke rumah mak ndak.



Abah mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mak ndak sehingga adik ana yg belajar di IIUM habis exam. Ini bermakna kami akan berada di KL selama 5 hari, ana sebenarnya tak betah di rumah org lama2, tambahan pula di KL, rasa tak tahu nak buat apa2...huhu...dan masalah keboringan yang terlampau pasti melanda dan itulah hakikatnya. Masakan tidak, org kampung msuk bandar, keluar pintu blkg nmpk rumah buka pintu depan nmpk jalan...pening2...

Pada hari sabtu,12/12/09 kami bertolak ke Perlis seawal pukul 6.30 lantaran kenduri kahwin di rumah mak long yang merangkap kakak kepada emak ana dan juga beberapa buah kenduri di rumah sahabat baik abah. Alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 12.30 tgh hr. Buat semua yg melansungkan perkahwinan pd cuti ini, didoakan agar masjid yg di bina akn beroleh rahmat dan kasih sayang drNYA.

Lantaran letih yg teramat sgt, ana tertidur dan akhirnya bangun dengan linangan air mata. Badan terasa amat berat, kepala berdenyut-denyut, urat2 dan sendi terasa tegang. Gejala demam kembali lagi. Malamnya terus ke klinik. Syukur ya Rabb atas ujian drMU. Emak dan abah risau sgt dgn kesihatan ana, bukannya apa, 2-3 hr lg, ana akan bermusafir lg...jauh pula tu, kali ni nak ke KL, SINGAPORE & INDONESIA. Dan utk menghilangkan kebimbangan di hati mereka, ana berpura-pura kuat...hehehe...(blh jd pelakon). Ana teringat kisah nabi AYUB yg ditimpa penyakit dan dia merayu pada ALLAH : ya tuhanku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkaulah yang maha penyayang " (Al-Anbiya 83 ).

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."


Walaupun ia hanya musafir yg biasa, namun bagi ana, musafir bersama keluarga cukup bermakna. Masa inilah kami akan berkumpul bersama2, apabila seorang demi seorang berjauhan dr keluarga utk menuntut ilmu, maka bermulalah perjalanan seorang anak. Cthnya, sebelum ni ana di rumah, kemundian sambung belajar dan selepas ini akan di posting ke mana shj...Yg pasti masa ana bersama keluarga sudah semakin berkurang dan oleh itu ana perlu memastikan kualiti masa bersama ibu dan ayah adalah yg terbaik. Doakan ana mampu memberi yg terbaik utk mereka yg di sekeliling ana. Ya ALLAH, berikanlah akau kekuatan dalam meneruskan jejak di bumiMU ya Rabbi..


"ERTI HIDUP PADA MENGASIHI"


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

December 7, 2009

KEM WAJA

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah, rasa syukur pada ILAHI...kerana DIA masih meminjamkan segala nikmat buat ana, namun satu masa nnt, ana harus akur, segala pinjaman ini pasti akan diambil semula...

Huh, satu keluhan, namun bukan kepenatan, tapi sekadar ingin berkongsi rasa gembira lantaran selesai kem waja yang dijalankan di EAGLE PARK RESORT, BUKIT AIR. Tahniah buat shabat2 seperjuangan yg bertungkus-lumus menjayakan program tersebut, semoga pengorbanan yang dilakukan wlpn sedikit namun ada keberkatan dr ALLAH...


ni masa game hari ke 2...

sebenarnya, banyak yang ana belajar dr program ni. wlpn pelbagai peringkat umur, namun masa permaianan ptg ni bnr2 menguji ukhuwwah mrk. klu dapat dilihat, ada seorang peserta yg paling muda...baru darjah 3, namun ayahnya minta jg utk dimasukkan sekali, maka dan olh sbb itu jg abang2 yang ada kat situ kn jg adik ni baik2....

" serendah-rendah ukhuwwah itu bersangka baik"

banyak pkr yg ingin dikongsikan bersama shbt2...nnt ana tmbh lg ya...

setakat ini dulu...




لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

November 29, 2009

Sabar itu Indah

salam perjuangan...

Biarpun tajuk entry kali ini tidak ada kena mengena dgn tulisan, namun ia tetap bermakna buat diri ini...

Hampir 2 minggu ana tidak mengupdate blog lantaran mencari nafas baru utk sesuatu yang perlu diteruskan. banyak perkara yang perlu diuruskan utk beberapa pengisian sewaktu cuti...beberapa malam yang lalu, ana sempat ber"ym" dgn syira...dan mlm tersebut mmg mengungkai rahsia hati yang lama tersimpan hampir 6 bulan. Hujan mula turun sehingga tertidur...banyak perkara baru yang ana perolehi dr syira...terima kasih banyak2 ye syira...

Salam aidiladha buat muslimin dan muslimat...aidiladha mengingatkan kita tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi ALLAH Ibrahim, namun sedarkah kita, bahawasanya Nabi Ibrahim telah menyembelih cinta dunianya, Nabi Ibraim lulus ujian cinta dunianya, bagaimana pula dengan kita...waallahua'lam.


Buat hawa jamilah hasani, selamat hari lahir yg ke 21, alhamdulillah, nikmat umur yang ALLAH pinjamkan kepada kita. Walaupun hanya beberapa ketika sahaja kita pernah bersama, namun kebersamaan itu tetap selamnya. I. ALLAH. YA ALLAH, tautkanlah hati2 kami hanya keranaMU. Doaku mengiringimu sahabat, walau mcm mn keadaan sekalipun, sesungguhnya engkau pernah menjadi sahabatku.

Buat adik usrahku, Fairuzah, sanah helwa ya jamilah...smg ALLAH sentiasa merahmati hidupmu, dan juga buat Farhana ( ana ), selamat hari lahir yg ke 20, semoga ana terus istiqamah dalam memperjuangkan ISLAM walau dimana kita berada. " dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung "

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut : 2)


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

November 14, 2009

Nikmat Umur

Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang...


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...sudah masuk 21 tahun rupanya diri ini, terasa sekejap benar masa berlalu...pagI 13 november 2009, laju je tangan ni menghantar mesej pada mak dan abah yang berbunyi seperti ini " 21 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi yang comel, dan sekarang bayi itu sudah besar,doakan bayi itu menjadi anak soleh dan menjadi hamba yang taat kepada ALLAH, dan terima kasih pada mak n abah membesarkan ........ dan semoga ALLAH mengasihi mak n abah sebagaimana mak n abah mengasihi......".



(Ya ALLAH, kasihilah kedua ibu bapaku, sebagaimana mereka mengasihiku )



Ini bermakna, perjalanan hidup kian menghampiri pada penghujung. Dan apabila kita lahir ke dunia, ini bermakna bermulalah perjalanan utk kembali kepada yang Mencipta. Sekadar untuk muhasabah diri ini, sepanjang 21 tahun berkelana di dunia yang fana ini, apakah sumbangan yg telah aku berikan pada Islam...Persoalan ini bermain diminda...sukar sekali untuk hati menjawab...Mengimbau kembali zaman para sahabat, tabiin cnthnya: umar ibn Aziz hanya sempat mentadbir negara hanya 2 tahun, ttp kehebatan pemerintahannya mengatasi khalifah yang selepasnya. Ya ALLAH, jadikan aku hamba yang hanya berhajat kepadaMU.

Jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 yang mendoakan kesejahteraan diri ini, semoga ALLAH merahmati kalian dan mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian. Buat sahabat2 dan juga adik2 usrah pilihan yang bersusah payah memasak utk nak buat surprise, hanya ALLAH yg dpat membalas jasa kalian. Pandai betul diaorg ni buat helah, masuk je bilik, penuh dengan makanan...alhamdulillah, rezeki...( mmg tgh lapar...hihi ). Katanya diaorg memasak lepas asar, siap dengan ayam goreng, spagheti, keknya lg n macam2 lg...Doa kak wani, semoga ALLAH memberi kekuatan untuk kalian melakukan gerak kerja Islam. Ameen Ya ALLAH...


Buat sahabat2 muslimat majmuah PA1,fiqah, kak su, ross, nakiah, eton, k.mlah n k.awa, hanya ALLAH yg bisa membalas segala kebaikan buat kalian. Kek yg mmg begitu surprise mmg mengejutkan hati....hehehe...(eton dah jatuhkan kek tu gara-gara cik lipas )...tp disebabkan kasih sayang bersama kek tersebut..maka...ianya ttp sedap....
Semoga ukhuwwah kita yang terjalin di bawah redha Ilahi...tdak kira banyak atau sedikit bilangan kita, kita harus bersatu hati! Ya ALLAH, tautkanlah hati2 kami keranaMU ya ALLAH....




لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

November 6, 2009

Besedekah dan beristighfarlah kalian...

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W... sedikit perkongsian buat semua pengunjung...beberapahari lepas, ana bersama sahabat ada membeli sebuah buku yang bertajuk " JALAN SELAMAT DARI API NERAKA ". Kesimpulannya, buku ni mmg bgs utk muslimat:). Dan oleh sebab itu juga, ana nak ambil kesempatan sbg perkongsian bersama.


( Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi Al- Bentani)

Mengimbau kedudukan wanita pada zaman jahiliyah ( sebelum kedatangan Islam , wanita dipandang hina dan jijik oleh masyarakat ketika itu. Dan apabila diutuskan Rasulullah S.A.W untuk membawa Islam, maka ajaran Islam menyeru kepada memuliakan wanita. Betapa indahnya ajaran yang dibawa oleh Muhammad S.A.W...namun disebalik ciptaan ALLAH yang MAHA KAYA, Rasulullah memahami kemelut yang melanda wanita, terutamanya dalam aspek emosi dan akal.

Setelah membaca buku tersebut, kesimpulan yang diperolrhi ialah, wanita perlu banyak beristighfar dan juga bersedekah. Mengambil sedikit petikan di dalam buku ini, Daripada Sayyidina Abu Sa'id R.A berkata : Rasulullah SAW telah keluar di waktu hari raya I'dul Adha atau I'dul fitri menuju ke tempat solat, kemudian, Baginda SAW melewati para wanita dan bersabda : " Wahai kaum wanita, bersedekahla kaliann kerana sesungguhnya aku telah diperlihatkan tentang kalian banyak menjadi penghuni neraka" dan dalam riwayat lain : " bersedekahlah dan perbanyakkan istighfar" Mereka berkata : " Dengan sebab apakah wahai Rasulullah ? Baginda SAW bersabda : " Kalian banyak melaknat dan mengingkari suami, tidaklah aku melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang dapat melemahkan inti kekuatan lelaki yang tegas seperti salah seorang dari kalian". Mereka bertanya: Apakah kurangnya agama dan akal kami wahai Rasulullah ? Baginda SAW menjawab, : " Bukankah syahadah ( persaksian ) wanita sama dengan separuh lelaki ?" Mereka menjawab : " Ya ". Baginda saw berkat : " Maka itulah kekurangan akalnya, bukankah jika wanita haid ia tidak solat dan puasa ?" Mereka menjawab ." Ya", Baginda menjawab " maka itulah kurang agamanya "

Sekadar itu perkongsian dan kalau nak tahu lebih lanjut, kena baca buku nie...dan sama2 kita muhasabah diri kita...

Salam imtihan buat semua yang sedang menduduki peperiksaan dan juga yang bakal menduduki exam...:)






لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

November 3, 2009

Tribute buat kalian....

Alhamdulillah, atas segala nikmat dan kurniaan yang diterima. Nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM adlah kurniaan yang paling bernilai bagi hambanya.

Rindu benar hati ini pada sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah bersama susah dan senang satu ketika dahulu, tengku, shima, ija, mai, kimah n yg lain2 ...buat syira yang dikasihi, terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu kak wani yang buta IT nie...untuk pengetahuan sume, dik syira ni la yang bantu ana dalam nak siapkan blog ni, bkn bantu ana, tapi dia yang decorated blog ni untuk ana...hanya ALLAH dapat membalas budi syira...(nanti balik kampung, bg tahu pada kak wani, kak wani sediakan jus strawberry dr cameron higlands tuk syira...hehehe)




Bukan mahu mengimbau kisah silam, ttp tiba-tiba rasa rindu itu hadir dan alhamdulillah petang semalam sempat menelefon shima, tahniah juga buat shima yang sudah menjadi tunangan orang, doaku agar pertunangan ini akan membawa kepada perkahwinan seterusnya dapat melahirkan zuriat yang akan membantu ISLAM. Insya' ALLAH...dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Buat ija, rindu sangat dengan dia ni, bukan pe, dr seorang yang pemalu dan sekarang ni, mmg ana sangat kagum la, alhamdulillah, sudah mampu berdiri didepan khalayak ramai...tahniah buat ija, n semalam memang segan sangat nak cakap dengan ija, sebabnya dah lama sangat tak bercakap dgn ija. Orang yg pertama ana jumpa ms itu, adalah CAHAYA FARIZA MISNAN. Bermulalah akrab persahabatan antara kami berempat iaitu ija, mai, n kembarku ( tengku ) .

Dalam menjalinkan persahabatan, sudah pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan alhamdulillah ujian ini kami mengambil sbg i'brah untuk mengeratkan ukhuwwah. Dan buat sahabat-sahabat semua jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu, kalian semua adalah anugerah ALLAH untuk ana...Ya ALLAH, terima kasih atas anugerah yang satu ini. Eratkanlah ukhuwwah kami dan tautkanlah hati kami atas jalanMU ya ALLAH.

( lepas ni tribute utk sahabat2 yg di sini...I.ALLAH...)




لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

October 27, 2009

Apa Ertinya Hidup ???

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar atau tidak sedar kehidupan kita di atas muka bumi Allah mempunyai tanggungjawab dan bebanan yang perlu di pikul. Manusia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumiNya kerana manusia di anugerahkan akal berbeza dengan haiwan. Manusia perlu mentadbir alam ini kearah yang sejahtera dan senantiasa dalam keadaan kebaikkan . Maka mahu tidak mahu pekerjaan dakwah (amar ma’ruf nahi mungkar) tidak boleh dicicirkan dan di alpakan. Dakwah adalah kemuncak yang bersumber daripadanya semua urusan agama..Kerana itu pula, Allah Ta’la telah menurunkan semua KitabNya, dan mengutuskan sekalian RasulNya.
Oleh sebab itu, kita mesti berasa bertanggungjawab untuk menolong agama Allah. Jangan sama sekali terus lena dalam kelalaian dan terus tenggelam dalam kemaksiatan sehingga kita leka dan alpa dengan tanngungjawab sebagai khalifah Allah..musuh kita tidakpenah mengerti istilah penat dan letih dalam menjalankan rancangan untuk menghancurkan Islam. Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran, Allah Ta’la telah berfirman:

Maksudnya: “ mereka hendak memadamkan cahaya Allah ( ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan Allah menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan demekian itu).Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa pertunjuk dan agama yang benar ( agama Islam), untuk di menangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (surah at-taubah:32-33)

Dan ALLAH juga berfirman yang membawa maksud :

Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya. Dialah yang mengutus rasul-Nya (Nabi Muhammad s.a.w) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (surah as-saff: 8-9)

Wahai Sahabat yang dikasihi,
Yahudi dan Nasrani tetap akan terus berusaha dan mencari jalan untuk memadam dan melenyapkan Islam di atas muka Bumi Allah ini..mereka tidak sedar bahawa agama yang mereka ingin padamkan adalah agama yang datang dari tuan punya Bumi ini melalui kekasihNya, hambaNya, rasulNya iaitu Saidina Muahammad s.a.w. perbuatan mereka merupakan perbuatan yang sia-sia dan hanya membuang masa..Walupun begitu, umat Islam tidak boleh leka dibuai mimpi yang lazat sehingga kita tidak berusaha menyekat dan melawan rancangan Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak akan berhenti akan merobohkan kekuatan Islam sehingga umat Islam mengikut kehendak dan kemahuan mereka.


Mereka tidak akan redha akan kebangkitan Islam sepertimana yang telah difirmankan di dalam al-Quran:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu (wahai Muhammad) hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak dan nafsu mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Mereka tidak akan duduk senang sekiranya mereka melihat Islam terus berkembang dan diamalkan. Pelbagai strategi dan agenda yang mereka susun untuk menghapuskan Islam. Antara rancangan-rancangan yahudi ialah:
1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam
2) Hapuskan Al-Quran di dada umat Islam
3) Hancurkan akhlak umat Islam (mukmin) supaya mengikut hawa nafsu
4) Lenyapkan persatuan-persatuan Islam
5) Singkirkan dan menyekat pergerakan tokoh-tokoh Islam
6) Rosakkan wanita Islam dan bebaskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan
7) Merosakkan sistem pendidikan Islam
8) Pencilkan Islam dalam pelbagai sudut
9) Menanamkan sifat ragu-ragu terhadap Islam.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperbadian orang-orang Islam, dan kerana banyak tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut kepada adat dan cara hidup mereka semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekali pun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib disedari, dan dimana-mana yang telah kita terlanjur, maka marilah sahabat-sahabat kita kembali ke jalan yang benar.

Janganlah kita rasa resah dan gelisah dalam meneruskan risalah Muhammadiah ini. Kita bukan berseorangan di jalan ini, tetapi kita pasti dan yakin Allah sentiasa bersama kita. Allah akan menjaga cahaya agamaNya dari segala perbuatan khianat kuffar sepanjang zaman musyrikinkah mereka, yahudi/kristiankah mereka atau munafik???? Islam pasti dan pasti, yakin dan yakin akan menang.

Kata Hasan Al-Banna:

لا تكون إلا حسنتين إما النصر و إما الشهادة

Maksudnya: “ Kerja-kerja dakwah menjanjikan salah satu kemenangan, sama ada menang dapat memerintah atau syahid di kira menang syurga..”
Mari kita menghayati dan memahami perkataan yang dilafazkan oleh As-syahid Imam Hasan Al-banna agar ia dapat menyerap dan mengalir dalam salur darah badan kita dan agar ia dapat memberikan roh untuk berjuang untuk menolong agama Allah.

Kekadang merembeskan air mata membasahi pipi kerana mengingati dan menghayati sirah Rasulallah s.a w dan para sahabat baginda yang seperti bintang-bintang dalam menyampaikan Islam..pelabagai ujian, cabaran, mehnah yang dilalui oleh baginda dan para sahabat. Rasullah s.a.w tetap bersabar dan masih berdoa supaya Allah membuka hati umat-umatnya walaupun ia dalam keadaan dicaci, di tomah, di fitnah hatta ugutan bunuh terhadap baginda s.a.w..Dengan kepayahan, kesukaran, keperitan yang dilalui oleh Rasulallah s.a.w dan para sahabat, kita dapat mengecapai kenikmatan Islam..InsyAllah marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan rasulallah dan akan berkhidmat memberi jasa kepada Islam.hanya redhaMu yang kami tuntui. Amiin ya Rab..

Susunan,
Alfaqir ila Allah AlQawwiy
Muhammad.afif bin yahya alberlisi
(khadam penuntut ilmu dan ilmu)
26.10.2009 (7 zulkaedah 1430), 12.30 malam
Blok Aman. Kampus Tuanku Bainun, P. Pinang

October 24, 2009

Ayuh....mujahadah melawan nafsu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas segala nikmat IMAN dan ISLAM yang diberikan olehNYA. Sudah bersawang laman ni...ana benar-benar tak ada kekuatan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang ada. Namun sejak kebelakangan ini, banyak benar persoalan yang melibatkan hati dan perasaan...Manusia memang tidak akan lari dengan perkara yang melibatkan hati. Namun sejauh mana kita mengambil i'brah dari apa yang kita lalui.

Hampir 5 orang yang bertanyakan tentang perasaan dan sampai melewati malam sunyi ana berusaha untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan. Sedar akan kekurangan diri, ana meminta pertolongan seorang sahabat untuk menyediakan satu artikel berkenaan hati dan alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T, beliau berjaya untuk menyiapkan artikel ini...Semoga ALLAH memberkati beliau. Ameen Ya ALLAH...

RAMAI BERPANDANGAN, KITA PERLU BERCINTA UNTUK MENGENAL PASANGAN. TANPA PERKENALAN, MUSTAHIL CINTA BERTANDANG, TANPA PERCINTAAN, MUSTAHIL KESERASIAN DIKESAN…MEREKA SEBENARNYA TERLEPAS PANDANG, DALAM ISLAM ADA TAARUF YANG ADA SEMPADAN…TERPELIHARA DAN TERJAGA DARI KEMAKSIATAN.BUKAN TAARUF MELALUI BERCINTA SAKAN…ISLAM MENGAJAR SERASI DENGAN AJARAN TUHAN, BUKAN SERASI DENGAN KEHENDAK PASANGAN….CINTA AR-RAHMAN MENJANA KEBAHAGIAAN, LANTARAN ITULAH, BATASANNYA TIDAK BOLEH DIPERMAINKAN…

Dalam meneruskan bahtera pelayaran kehidupan ini, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan.Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingatiNya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulallah sepanjang masa.

Wahai pejuang islam,
Sedarlah. Kita sekarang berada di zaman yang penuh dengan fitnah, tribulasi, mehnah dan halangan..Ramai manusia sekarang tenggelam dalam melakukan dosa dan kemaksiatan..mereka terus tenggelam dalam melakukan kesalahan dan alpa kepada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri..Banyak sekali godaan untuk melakukan kejahatan dan banyak pula penghalang manusia untuk melakukan kebaikkan…maka wahai sahabat kita perlu mendidik hati dan jiwa supaya sentiasa berada landasan dan jalan yang diredhaiNya, justeru itu kita perlu pukulkan hati kita dengan cemati mujahadah maka akan bersinarlah cahaya makrifah.

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir).

Rasulallah s.a.w pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Sabda Rasullah s.a.w:” sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.” (riwayat muslim).

Hati ibarat raja kepada anggota badan.Hatilah yang berkuasa mengarahkan anggota badan melakukan itu dan ini, sama ada baik atau buruk. Jika seseorang itu melakukan perbuatan yang keji dan dilarang, itu bermakna empunya badan menerima arahan daripada hati yang tidak sihat. Walaupun hati adalah penjana dan pencetus kebaikkan atau keburukan, namun manusia diberikan oleh Allah nikmat yang membezakan manusia dengan haiwan iaitu akal. Dengan akal manusia dapat menentukan setiap tindakan dalam kehidupan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalih mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.

Jenis-jenis hati

Ulamak membahagikan hati manusia kepada beberapa jenis:
1) Hati yang sohih (qalbun sahih)
2) Hati yang mati (qalbun mayyit)
3) Hati yang sakit (qalbun maridh)

Racun hati
Racun hati kebanyakkannya adalah datang daripada anggota tubuh badannnya sendiri.
Anggota lidah apabila tidak pandai menjaga kata-kata, berlebih-lebihan dalam berbicara, suka mengadu domba, mengumpat, memfitnah dan berlebihan dalam pergaulan akan menjadi racun.
Manakala racun yang berpunca daripada mata pula ialah apabila berlebihan dalam melihat sesuatu yang diharamkan. Racun juga berpunca dari perut, apabila berlebihan ketika makan…pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya: “ janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti, kamu akan miskin amal solehmu, ketika bertemu Allah.”

Mengenal hati yang sakit

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyuk beribadah. Redalah dengan rezeki allah yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cinta bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya terlalu banyak ketawa itu mematikan hati.” (riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Kata Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata-katanya:
“ Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa.”

Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Siapa yang merasa senang oleh amalnya kebaikkannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman).” (riwayat al-Tabrani)


Tanda2 hati sakit
Seseorang itu dapat dilihat secara zahir bahawa hatinya sakit apabila dia mengekalkan perkara berikut:
1) Mudah marah
2) Bakhil
3) Riya’
4) Kejam dan zalim
5) Fasiq
6) Hasad dengki
7) Berat melakukan ibadah
8) Sombong
9) ‘ujub

Setiap penyakit ada ubatnya. Maka ubat yang paling mujarab dan berkesan ialah kembali kepada Allah dengan rendah hati. Jagalah ibadah terutamanya solat.
Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Banyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu.” ( Riwayat Muslim)

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Di dalam Islam, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di bataskan pada perkara yang tertentu sahaja dan di batas-batas yang tertentu
Percampuran yang di haruskan
Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu bergaul dan berinteraksi,kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi

Perkara-perkara itu adalah:
1) Perkara-perkara dharuriat
2) Perkara-perkara hajiat
Perkara-perkara dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contonya adalah:
1) Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai
2) Melarikan seoarang perempuan untuk menyelamatnya
Perkara-perkara hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. . Di antara contoh-contonya adalah:
1) Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
2) Persaksian
3) Melayan tetamu pada batasnya
4) Kerja-kerja jihad dan dakwah
5) Kerja-kerja kehakiman
6) Amar Makruf nahi mungkar
7) Belajar dan mengajar
8) Dalam kenderaan awam

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Adab yang perlu di jaga oleh pihak lelaki adalah:
1) Ucapan yang makruf dan sopan
2) Menundukkan pandangan
3) Tidak terhimpit-himpit
4) Tidak berkhalwat
5) Menghindari tempat syubhat

Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:
1) Iltizam dengan pakaian Islam
2) Ucapan yang tidak lunak atau bermanja-manja
3) Menjaga pergerakan

Wahai rakan seperjuangan:

Tidak boleh dinafikan bahawa Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Sudah menjadi fitrah manusia, yang sangat perlu perhatian, belaian kasih sayang dan sebagainya..oleh sebab itu Islam menekankan adab pergaulan, masalah dosanya zina, supaya menjadi garis panduan kepada manusia agar tidak hanyut dalam kemaksiatan dan dosa..Rasullah s.a.w juga telah mengajar kita begaimana ingin mencari pasangan hidup dengan ciri-ciri yang di utamakan oleh Rasulallah s.a.w..Baginda sangat menekan aspek agama berbanding aspek yang lain seperti kecantikan, harta, keturunan dan sebagainya. Pada ilmu Allah sejak azali lagi, Allah telah menulis jodoh seseorang hambaNya. Allah telah janji hamba-Nya yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga. Kita sebagai hamba perlu berdoa supaya Allah menjodohkan pasangan hidup yang baik, sejuk mata hati apabila memandangnya agar dengan asbab pasangan tersebut dapat membantukan kita dalam melakukan perkhidmatan dan ‘ubudiyyah kepada Sang Pencipta.

Kata Syeikh Ibn Ata’illah : “ barangsiapa yang memikir dan mengambil berat terhadap perkara yang telah dijanjikan oleh Allah daripada perkara2 haqnya terhadap Allah, maka ia merupakan dalil matinya mata hatinya.”

Disini al-faqir ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian, guru ana pernah berpesan jangan tinggalkan melakukan solat sunat istihorah pada tiap-tiap hari. Dengan istihorah kepada Allah kita dapat membuat keputusan yang tepat dan diredai oleh Allah. Amalan ini tidak pernah ditinggalkan oleh guru kepada syeikh al faqir iaitu Al- Imam arif Billah al-Muhadthis As-Sayyid al Habib Muhammad ibn alawi Ibn Abbas AlMaliki Alhasani ( ulamak besar Makah).

“ Segala apa yang kau pandang, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya"


Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya

Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut….”

Susunan,
Al faqir ilaAllah
muhammad afif bin yahya al berlisi (khadam peuntut ilmu )
23/10/2009 (4 Zulkaedah 1430), 2.50 pg
Blok Aman, IPGM Kampus Tuanku Bainun.P.Pinang



لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

September 15, 2009

Bangunlah Wahai Sahabat Sayang...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kunukilkan coretan ini khas buat sahabat seperjuangan Hawa Jamilah...

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat dan juga teman dalam melayari bahtera kehidupan yang hakikatnya bukan mudah untuk kita lalui tanpa kekuatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T. Hidup ini bukanlah sesenang yang kita fikirkan wahai sahabat, bukanlah mudah seperti yang kita bicarakan.

sahabatku,

Maaf andaikata diri ini tidak mampu untuk melunaskan tanggungjawab sebagai sahabat yang baik, maafkanlah diri ini atas kekasaran perilaku, dan bahasa yang kurang enak dipendengaranmu.

sahabat sayang,
ingatlah setiap yang berlaku semuanya atas ketentuan ALLAH S.W.T. Kita sebagai hambanya yang dhaif haruslah akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH...DIA lebih mengetahui segala-galanya. Namun sahabat, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan kita berusaha untuk mengubahnya.

Sebenarnya sahabat, ujian yang diberikan oleh ALLAH itu adalah untuk melihat ketaatan kita kepada DIA, apakah ianya mencakupi lisan hati dan perbuatan. Ingatlah, ALLAH sentiasa bersama kita. Yakinlah dengan pertolongan ALLAH. Bangunlah dari masa silam yang memeritkan. Binalah satu kehidupan yang baru yang lebih beerti. Mohonlah kekuatan dari ALLAH agar kita bersama-sama mampu untuk menginfaqkan segalanya untuk ISLAM tercinta. Walau ia sukar, namun tidak mustahil, andai kita tidak mampu melakukan semua, jangan pula kita tinggalkan semua.

Hawa Jamilah...
Sahabatku, lakukanlah sesuatu, kami teman-temanmu tidak mampu untuk melakukan apa-apa melainkan segalanya datang dari dirimu sendiri dengan izin ALLAH. Berdoalah kepada yang memberi segalanya agar dibukakan pintu hati kita agar menerima segalanya dengan redha.


Maafkan diri ini wahai sahabat, tiada kata dapat kuungkapkan lagi, tiada perbuatan yang dapat kulakukan, hanya tulisan yang mampu kunukilkan...
لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

September 1, 2009

MASIH MENCARI CINTA...?

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.

ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN

Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.

Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.

WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR

Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.

Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”

Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.

Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.

Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.

DISEBALIK PERKAHWINAN

Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.

Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.

Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana cinta semasa mereka dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.

APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS

Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.

Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.

Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.

Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.

Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :

Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {Riwayat Bukhari}

Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.

Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.

KESIMPULAN

Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya. wallahualam.

http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/08/masih-mencari-cinta.html

June 25, 2009

Masihkah Aku Disini

syukur ke hadrat ILAHI...masih diberikan kekeuatan untuk menulis walaupun idea tidak muncul-muncul walau dipaksa sehingga terpaksa meminta pendapat seorang insan yang bergelar sahabat. Masihkah aku disini adalah permintaan dia untuk ana menulis mengenai dirinya dan juga pandangan ana tentang dirinya.

Siapa sahaja pasti inginkan perubahan. Sesungguhnya hari ini seharusnya lebih baik dari semalam dan esok seharusnya lebih baik dari hari ini. Umat Islam akan sentiasa dalam kerugian andaikata keadaan berlaku sebaliknya. Secara jujurnya ana cukup mengagumi sahabat yang seorang ini, ana banyak belajar erti tabah dalam mengaharungi hidup ini dan juga makna bersyukur dengan apa yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.

Mengaharungi dugaan yang telah diterima dengan hati yang redha bukanlah satu perkara yang semua orang boleh lakukan. Hakikatnya ramai yang tersungkur apabila menerima ujian. ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
( QS 2: 286 )


Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui hambanya. Dia hanya memberi apa yang hambanya mampu. Walaupun kadangkala kita merasakan ujian itu cukup berat namun ingatlah wahai diri, itu semua tarbiyah dari ALLAH. Tinggikatkanlah tawwakal dalam dirimu. Pasti kebahagiaan akan memenuhi ruang hati.

قال الله تعالى في كتاب العزيز

...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
( QS 2:216 )

Buat sahabatku yang disayangi, yakinlah sesungguhnya ALLAH sedang berbicara denganmu. ALLAH mengasihimu dengan tarbiyyah yang terus datang dariNYA. Bersyukurlah kerana dalam kesusahan yang dihadapi, pasti ada hikmah yang tidak ternilai. WAALLAHU A'LAM.

Buatmu teman :

Kadang-kadang ALLAH patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita, DIA patahkan hati kita untuk membuat kita lebih semangat. DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat. DIA memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. DIA menghantar kita penyakit supaya kita belajar menjaga diri sendiri. Kadang-kadang ALLAH mengambil segalanya dari kita supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi olehNYA.

Kuhulurkan salam mujahadah buatmu teman. Takbir! ALLAHU AKBAR.

June 24, 2009

Wahai Hati...

Bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah, walaupun masa mencemburui ana untuk mencari waktu bagi menulis, namun ana gagahi jua untuk muzakarah diri yang penuh dengan maksiat. Bilik pun masih belum kemas sepenuhnya lantaran beberapa kesibukan yang sengaja dicipta oleh diri.

Memasuki semester baru walaupun hanya beberapa hari banyak mengingatkan diri erti sabar. Sabar juga merupakan mujahadah yang ana perlu lakukan. Ayuh wahai diri, jangan biarkan dirimu dibelenggu hawa nafsu. Sabarlah wahai diri, ujian itu tarbiyah, sabar itu indah. Syira memujuk hati ana dengan massage. Syukran ya ukhti habibati.

Allahyarham Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya, MAZA YA'NI INTIMAI LILISLAM ada menggariksan bahawasanya antara sifat-sifat seorang muslim ialah sabar dan lemah lembut. Maka ana tertanya-tanya adakah diri ini cukup sabar dan berlemah lembut dalam tugas ana sebagai seorang khalifah atau ana hanya syok sendiri dengan amanah yang dipikul...Ya ALLAH tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

Kadang-kadang diri ini tersungkur dengan ujian yang diberi. Hanya sedikit Allah menjentik ana, terduduk ana. Namun Allah memujuk hambanya dengan janji-janjiNya YANG PASTI!

ALLAH berfirman :

Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)


Dari Anas ra berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Apabila Aku menguji salah seorang hambaKu dengan buta kedua matanya kemudian ia sabar maka Aku akan menggantikannya dengan syurga.” (HR. Bukhari)


Oleh itu, sabarlah wahai hati, janji Allah adalah pasti. Sabarlah dengan apa jua keadaan. sahabat ana mengingatkan ana dengan katanya iaitu, USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN ANDAI TAKUT AKAN RISIKO.

salam Perjuangan buat sahabat2 yang bertungkus lumus untuk membiah solehahkan institut kami. TAKBIR! ALLAHU AKBAR!

لا إله إلاّ الله

June 18, 2009

Semester baru bakal menjelma

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang….

Assalamualaikum W.B.T …

Alhamdulillah, dah berlalu satu sem bagi tahun 2009, ini bermakna ana akan menghadapi sem 2 beberapa hari lagi, sesungguhnya cuti selama 3 minggu yang diberikan terasa begitu singkat. Hehe, apalah sumbangan ana sepanjang berada di rumah ni…yang pastinya, adk-adik yang dua orang kat rumah ni pasti sakit hati dengan kenakalan kakakmu…hehehe, jangan marah ye adiku sayang…buat adik ku yang kedua, yang telah berlepas ke IIUM, belajarla rajin-rajin…jaga maruah sebagai seorang muslimah. Ingatlah, sesungguhnya kita membawa ISLAM walau kemana saja kita berada.

Pelbagai perasaan bercampur baur, sedih, gembira untuk menyambut kedatangan semester baru, sedih sebab lepas ni dah tak boleh nak tidurkan adik, kene tunggu cuti yg akn datng…hihi , gembira juga sebab ada junior baru yang akan masuk, ini bermakna kekuatan kami untuk menggerakan amal jamaie akan bertambah, Insya’ Allah…dan yang paling penting ialah untuk meneruskan pengajian bagi menjadi guru…

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Qur'an:

"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ( ke medan perang) Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya?" (QS. At-Taubah:122)

Sesungguhnya, menuntut ilmu adalah wajib ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :
"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam"
(Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

Jadi nak atau tak nak, ana dan sahabat-sahabat seperjuangan perlulah bermujahadah dalam menuntut ilmu. sebenarnya, alam semasa belajar ni seronok, dan hakikatnya memang seronok, sebab apa, masa ni la kita belajar untuk rasa berdikari, rasa letih, rasa tak tidur sbb buat assignment –ana je la…namun begitu ramai juga antara kita yang memikirkan akademik sehinggakan tidak mahu melakukan aktiviti lain seperti bersukan dan juga kerja-kerja dakwah.

Untuk semester ni banyak juga perancangan yang bermain di dalam fikiran. Namun harus ana sedari bahawasanya kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH juga menentukannya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Doakan juga supaya kami semua terus berusaha bersungguh-sungguh agar bisa menjadi guru yang akan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara. Insya’ ALLAH…

لا إله إلاّ الله

June 17, 2009

syukran ya ukhti...

بسم الله الرحمن الرحيم

bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih dikurniakan nikmat islam dan iman...sebenarnya, nak ucap terima kasih pada adik kesayangan, syira kerana membangkitkan semangat untuk menulis...berat juga permintaan si syira ni...dah lama sebenarnya syira minta untuk menulis, panjang juga ana berfikir dan alhamdulillah, DIA telah membuka pintu hati ini untuk sama-sama berada dalam dunia penulisan dan sama-samalah berdoa supaya ana terus thabat dalam usaha untuk menegakkan kalima tauhid LAILAHAILLALLAH...amiin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More