October 24, 2009

Ayuh....mujahadah melawan nafsu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas segala nikmat IMAN dan ISLAM yang diberikan olehNYA. Sudah bersawang laman ni...ana benar-benar tak ada kekuatan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang ada. Namun sejak kebelakangan ini, banyak benar persoalan yang melibatkan hati dan perasaan...Manusia memang tidak akan lari dengan perkara yang melibatkan hati. Namun sejauh mana kita mengambil i'brah dari apa yang kita lalui.

Hampir 5 orang yang bertanyakan tentang perasaan dan sampai melewati malam sunyi ana berusaha untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan. Sedar akan kekurangan diri, ana meminta pertolongan seorang sahabat untuk menyediakan satu artikel berkenaan hati dan alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T, beliau berjaya untuk menyiapkan artikel ini...Semoga ALLAH memberkati beliau. Ameen Ya ALLAH...

RAMAI BERPANDANGAN, KITA PERLU BERCINTA UNTUK MENGENAL PASANGAN. TANPA PERKENALAN, MUSTAHIL CINTA BERTANDANG, TANPA PERCINTAAN, MUSTAHIL KESERASIAN DIKESAN…MEREKA SEBENARNYA TERLEPAS PANDANG, DALAM ISLAM ADA TAARUF YANG ADA SEMPADAN…TERPELIHARA DAN TERJAGA DARI KEMAKSIATAN.BUKAN TAARUF MELALUI BERCINTA SAKAN…ISLAM MENGAJAR SERASI DENGAN AJARAN TUHAN, BUKAN SERASI DENGAN KEHENDAK PASANGAN….CINTA AR-RAHMAN MENJANA KEBAHAGIAAN, LANTARAN ITULAH, BATASANNYA TIDAK BOLEH DIPERMAINKAN…

Dalam meneruskan bahtera pelayaran kehidupan ini, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan.Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingatiNya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulallah sepanjang masa.

Wahai pejuang islam,
Sedarlah. Kita sekarang berada di zaman yang penuh dengan fitnah, tribulasi, mehnah dan halangan..Ramai manusia sekarang tenggelam dalam melakukan dosa dan kemaksiatan..mereka terus tenggelam dalam melakukan kesalahan dan alpa kepada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri..Banyak sekali godaan untuk melakukan kejahatan dan banyak pula penghalang manusia untuk melakukan kebaikkan…maka wahai sahabat kita perlu mendidik hati dan jiwa supaya sentiasa berada landasan dan jalan yang diredhaiNya, justeru itu kita perlu pukulkan hati kita dengan cemati mujahadah maka akan bersinarlah cahaya makrifah.

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir).

Rasulallah s.a.w pernah mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Sabda Rasullah s.a.w:” sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.” (riwayat muslim).

Hati ibarat raja kepada anggota badan.Hatilah yang berkuasa mengarahkan anggota badan melakukan itu dan ini, sama ada baik atau buruk. Jika seseorang itu melakukan perbuatan yang keji dan dilarang, itu bermakna empunya badan menerima arahan daripada hati yang tidak sihat. Walaupun hati adalah penjana dan pencetus kebaikkan atau keburukan, namun manusia diberikan oleh Allah nikmat yang membezakan manusia dengan haiwan iaitu akal. Dengan akal manusia dapat menentukan setiap tindakan dalam kehidupan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalih mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.

Jenis-jenis hati

Ulamak membahagikan hati manusia kepada beberapa jenis:
1) Hati yang sohih (qalbun sahih)
2) Hati yang mati (qalbun mayyit)
3) Hati yang sakit (qalbun maridh)

Racun hati
Racun hati kebanyakkannya adalah datang daripada anggota tubuh badannnya sendiri.
Anggota lidah apabila tidak pandai menjaga kata-kata, berlebih-lebihan dalam berbicara, suka mengadu domba, mengumpat, memfitnah dan berlebihan dalam pergaulan akan menjadi racun.
Manakala racun yang berpunca daripada mata pula ialah apabila berlebihan dalam melihat sesuatu yang diharamkan. Racun juga berpunca dari perut, apabila berlebihan ketika makan…pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya: “ janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti, kamu akan miskin amal solehmu, ketika bertemu Allah.”

Mengenal hati yang sakit

Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “ Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyuk beribadah. Redalah dengan rezeki allah yang kamu terima nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cinta bagi diri kamu sendiri nescaya kamu tergolong orang muslim dan janganlah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya terlalu banyak ketawa itu mematikan hati.” (riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Kata Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata-katanya:
“ Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa.”

Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Siapa yang merasa senang oleh amalnya kebaikkannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman).” (riwayat al-Tabrani)


Tanda2 hati sakit
Seseorang itu dapat dilihat secara zahir bahawa hatinya sakit apabila dia mengekalkan perkara berikut:
1) Mudah marah
2) Bakhil
3) Riya’
4) Kejam dan zalim
5) Fasiq
6) Hasad dengki
7) Berat melakukan ibadah
8) Sombong
9) ‘ujub

Setiap penyakit ada ubatnya. Maka ubat yang paling mujarab dan berkesan ialah kembali kepada Allah dengan rendah hati. Jagalah ibadah terutamanya solat.
Sabda Baginda Rasullah s.a.w : “ Banyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu.” ( Riwayat Muslim)

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Di dalam Islam, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di bataskan pada perkara yang tertentu sahaja dan di batas-batas yang tertentu
Percampuran yang di haruskan
Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu bergaul dan berinteraksi,kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi

Perkara-perkara itu adalah:
1) Perkara-perkara dharuriat
2) Perkara-perkara hajiat
Perkara-perkara dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contonya adalah:
1) Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai
2) Melarikan seoarang perempuan untuk menyelamatnya
Perkara-perkara hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. . Di antara contoh-contonya adalah:
1) Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
2) Persaksian
3) Melayan tetamu pada batasnya
4) Kerja-kerja jihad dan dakwah
5) Kerja-kerja kehakiman
6) Amar Makruf nahi mungkar
7) Belajar dan mengajar
8) Dalam kenderaan awam

Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Adab yang perlu di jaga oleh pihak lelaki adalah:
1) Ucapan yang makruf dan sopan
2) Menundukkan pandangan
3) Tidak terhimpit-himpit
4) Tidak berkhalwat
5) Menghindari tempat syubhat

Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:
1) Iltizam dengan pakaian Islam
2) Ucapan yang tidak lunak atau bermanja-manja
3) Menjaga pergerakan

Wahai rakan seperjuangan:

Tidak boleh dinafikan bahawa Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Sudah menjadi fitrah manusia, yang sangat perlu perhatian, belaian kasih sayang dan sebagainya..oleh sebab itu Islam menekankan adab pergaulan, masalah dosanya zina, supaya menjadi garis panduan kepada manusia agar tidak hanyut dalam kemaksiatan dan dosa..Rasullah s.a.w juga telah mengajar kita begaimana ingin mencari pasangan hidup dengan ciri-ciri yang di utamakan oleh Rasulallah s.a.w..Baginda sangat menekan aspek agama berbanding aspek yang lain seperti kecantikan, harta, keturunan dan sebagainya. Pada ilmu Allah sejak azali lagi, Allah telah menulis jodoh seseorang hambaNya. Allah telah janji hamba-Nya yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga. Kita sebagai hamba perlu berdoa supaya Allah menjodohkan pasangan hidup yang baik, sejuk mata hati apabila memandangnya agar dengan asbab pasangan tersebut dapat membantukan kita dalam melakukan perkhidmatan dan ‘ubudiyyah kepada Sang Pencipta.

Kata Syeikh Ibn Ata’illah : “ barangsiapa yang memikir dan mengambil berat terhadap perkara yang telah dijanjikan oleh Allah daripada perkara2 haqnya terhadap Allah, maka ia merupakan dalil matinya mata hatinya.”

Disini al-faqir ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian, guru ana pernah berpesan jangan tinggalkan melakukan solat sunat istihorah pada tiap-tiap hari. Dengan istihorah kepada Allah kita dapat membuat keputusan yang tepat dan diredai oleh Allah. Amalan ini tidak pernah ditinggalkan oleh guru kepada syeikh al faqir iaitu Al- Imam arif Billah al-Muhadthis As-Sayyid al Habib Muhammad ibn alawi Ibn Abbas AlMaliki Alhasani ( ulamak besar Makah).

“ Segala apa yang kau pandang, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya"


Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya

Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut….”

Susunan,
Al faqir ilaAllah
muhammad afif bin yahya al berlisi (khadam peuntut ilmu )
23/10/2009 (4 Zulkaedah 1430), 2.50 pg
Blok Aman, IPGM Kampus Tuanku Bainun.P.Pinang



لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

0 bunga:

Post a Comment

Sampaikan kepadaku walau satu ayat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More