June 12, 2010

LEPASKANLAH MEREKA BILA TIBA WAKTUNYA...

Bismillahirahmanirahim…

Selawat dan salam ke atas rasul, junjungan Muhammad S.A.W…

Cuti sekolah telah berlalu beberapa hari, hampir seminggu cuti sekolah bermula. Bulan rejab juga kian hampir. Cuti sekolah membuatkan saya sangat teruja namun disebalik keterujaan saya itu, saya juga kurang gemar, kerana fikiran saya juga akan mengikut rentak cuti…lesu saja rasanya. Nak menulis pun tiada idea. Namun rasa bersyukur harus saya zahirkan.

Beberapa hari lalu, saya sempat bersama sahabat-sahabat mengikuti satu tazkirah dari seorang yang bagi saya sukar sekali saya untuk bertemu dengan seorang wanita yang sepertinya. Barangkali saya yang tidak mencari, oleh sebab itu saya tidak menjumpainya. Banyak perkara yang menyentuh hati apabila berbicara dengan beliau.



Saya memanggil beliau dengan panggilan kak yati. Pesan kak yati…

Adik, nak jadi pendidik ni hati kena bersih. Lazimkan hati dengan berzikir. Selawat biar basah dimulut. Makan harus dijaga. Budak-budak ni suka dengan orang yang hatinya bersih.

Saya pun terus bertanya pada kak yati…

Alwani : Secara zahir ke kak? (mksd saya, budak-budak kalau dia tak nak dekat dengan kita, maknanya hati kita tak bersih ke)

Kak yati: Tak semestinya dik, tapi dari segi dia nak meluahkan masalah hanya orang tertentu saja yang dia pilih. Dia pun terima nasihat orang tertentu sj. Sbb tu, kdg2 kita bg nasihat, dia tak nak terima.


Huh, saya mengelamun panjang. Memikirkan nasihat kak yati…nak jadi seorang guru, nak jadi seorang naqibah, nak jadi seorang daie, dan juga seorang ibu dll. Semua ni penting!

Hmm, banyak peristiwa hari ini yang menyebabkan saya terfikir peranan ibu bapa. Masakan tidak, saya baru membaca surat khabar yang menceritakan seorang ibu sanggup mencekik bayinya. Letih membaca berita sedemikian. Tidakkah mereka tahu, anak-anak adalah aset yang berharga dimana doa anak-anak yang soleh akan menemani ketika di alam sana nanti.

Ibu bapa pula haruslah memainkan peranan penting sewaktu anak-anak masih kecil lagi. Bahkan sejak di dalam kandungan lagi. Harus menghiasi hari anak-anak dengan ayat-ayat suci ALQURAN. Biar lunak hati mereka untuk mendengar cakap ibubapa.

Bila anak sudah dewasa, lepaskanlah mereka perlahan-lahan. Jangan terlalu laju melepaskan mereka, bimbang jiwa muda mengusai diri. Jika mereka ingin menginfakkan diri mereka pada PERJUANGAN ISLAM, usah ragu-ragu lagi mengizinkan mereka untuk membantu agamaNYA. Usah bimbang apa yang akan berlaku, andai niat mereka ikhlas, pasti sahamnya kita akan terima juga. Ini kerana, janji ALLAH adalah pasti. Yakinlah wahai ibu bapa sekalian.

Sesungguhnya anak-anak tiada apa yang mereka dambakan melainkan redha dan doa dari kedua orang tua dalam melayari bahtera kehidupan. Mengemudi bahtera kehidupan bukanlah semudah kata-kata yang terhambur di bibir, namun perlu belajar dari pengalaman-pengalaman yang mereka lalui. Bantulah mereka.

Anak derhaka,

Ada anak-anak yang memang bersikap kurang ajar. Ini semua ujian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Mungkin juga sebagai tanda kasih sayang ALLAH kepada kita agar kita bermuhasabah. Ambillah dengan penuh rasa kesyukuran. Namun disebalik kederhakaan anak-anak, ibu bapa jangan pula cepat terasa hati dengan sikap anak-anak, kerana murka ALLAH itu terletak pada murkanya Ibu bapa.

Didiklah anak itu dengan tarbiah yang secukupnya walau dalam apa jua keadaan baik semasa kita marah atau semasa tenangnya hati kita. Mereka adalah aset kita yang tidak ternilai. Hargailah mereka apa adanya. Moga dengan baik didikan kita, maka redha ALLAH juga bersama kita. Andai kita mendidik mereka untuk meneruskan perjuangan kekasih junjugan, moga ia menjadi dalil kita mencintai Rasulullah S.A.W. seterusnya melahirkan rasa kehambaan kepada ALLAH S.W.T.

Wallahua’lam

10.49 pm


لا إله إلاّ اللهإلهاً واحداً و نحن له مسلمون

0 bunga:

Post a Comment

Sampaikan kepadaku walau satu ayat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More