December 15, 2010

Sekadar Cetusan Rasa

Alhamdulillah, hari ini sudah 9 Muharam 1432 H...ALLAH, usia kian meningkat, begitu banyak nikmat yg DIA kurniakan. Sesungguhnya, kasih sayang DIA mengatasi segala-galanya.

Saya terfikir dengan apa yang saya pegang, almaklumlah, pengajian akn bermula beberapa hari lagi.Saya rasa bersalah, saya tak mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik.Saya sedang mencuba, saya juga sedang mencari kekuatan. Pada DIA saya bermunajat.

Hajat...
Saya ingin sekali ...hmmm, mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan di kantin dan Cafe...hmm, saya sendiri tak tahu apa yg menghalang saya utk melaksankan perkara tersebut, lemahnya saya...

Saya rasa rimas bila melihat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Saya tegaskan, bukannya tidak boleh lansung bergaul! tapi biarlah ada batasan. Jiwa saya sakit, batin saya terseksa setiap kali melihat suasana itu. Ntah, sy sering terfikir, inikah yg akn mendidik anak-anak saya sms mereka di sekolah nnt. Jujur, saya bimbang!

Saya bukanlah baik sangat, namun saya harus tahu, saya akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang saya lakukan di dunia ini. Jadi saya harus bersedia untuk menerima apa sahaja yang menyakitkan. Ya, apalah sangat jika saya nak dibandingkan apa yg sy rasa dengan apa yg Rasulullah rasa ketika dakwahnya tidak diterima.



Mmg benar, jalan ini bukanlah ditabur bunga, tp penuh duri, namun jadilah seperti air yg ttp mengalir walau batu menghalangnya. Janji ALLAH adlah pasti. Ya ALLAH berikan sku kekuatan. Saya tahu, saya baru bermula dalam jalan ini, baru bertatih, bantulah saya, tegurlah saya, nasihatilah saya...

Sahabat, hulurkan tangan kalian agar dapat aku capai, agar dapat aku genggam, agar kita dalam satu saff, untuk Islam yang tercinta. Biar perit kita rasa, biar penat dan lelah agar Rasulullah SAW bangga dengan umatnya. Kasihnya pada kita adalah rindu yang menggamit kita pada kematian.

Sekadar cetusan rasa seorang hamba yg dhaif...

لا إله إلاّ اللهإلهاً واحداً و نحن له مسلمون

December 13, 2010

Ukhuwwah di alam maya

بسم الله الرحمن الحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yg telah dikurniakan oleh DIA, pemilik segala-galanya. Entah bagaimana mahu memulakan bicara, setelah beberapa hari saya diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, saya bangun kembali untuk meneruskan kehidupan. Besar pengorbanan ibu dan ayah, hatta usia meningkat 23 tahun, saya masih memerlukan bantuan mereka taktala diuji dengan keadaan yang kurang selesa.

Saya sempat ber"chatting" dgn penasihat pengajian jarak jauh saya iaitu puan Insyirah Solehah. Untuk tajuk pelajaran hari ini ialah " UKHUWWAH DI ALAM MAYA ". Ini tugasan saya hari ini.

Ukhuwwah seringkali menjadi bualan. Ya saya akui, saya juga seringkali memperkatakan tentang ukhuwwah.

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud)

"Imam Hasan Al Banna mengatakan "Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa berdasarkan aqidah"

Dalam berukhuwwah juga, saya selalu berpesan pada diri, serendah-rendah ukhuwwah ialah bersangka baik dan setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar iaitu pengorbanan. saya akui, bukan mudah untuk mencapai yang terendah apatah lagi yang tertinggi.




Kemajuan

Kemajuan hari ini nyata membenihkan bunga- bunga ukhuwwah,melalui laman sosial yg populor seperti facebook, yahoo massanger dan sebagainya, hubungan antara manusia bertambah luas.Yang lama ditemui, yang jauh menjadi dekat. Hebat bukan!

Saya juga tidak menafikan, ramai juga kwn2, sahabat2 yg saya kenali melalui "alam maya", contohnya dgn puan insyirah sendiri. Saya sendiri tak pernah bersua muka dengan beliau namun banyak yg sy perolehi melalui ikatan yg terjalin.

Antara Dua...
Namun begitu, tidak dapat saya elakkan dr memperkatakan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Mungkin ada yg menganggap ini adalah perkara biasa. Namun,syariat adalah yang utama. Ada yang berlebihan dalam berhubungan antara muslimin dan muslimat apabila berukhwwah di alam maya. Ada dalam kalangan muslimat dan muslimin yang hilang rasa malu apabila berhubung/berukhuwwah di alam maya.

Saya juga mengakui, saya suka berinteraksi melalui yahoo massanger, dan tidak terkecuali berfacebook.

Dalam menjalin sebuah persahabatan, haruslah diingatkan, kita perlu menunaikan hak saudara kita. Sekiranya kita bercakap,maka tuturlah kata-kata yang baik, sekiranya kita menulis, maka tulislah yang baik agar sahabat kita gembira denga apa yang kita beri. Simpanlah keaiban sahabat kita baik didepan atau dibelakangnya. Dan jangalah kita lupa berdoa untuk sahabat kita agar langkah-langkah yang bakal dilalui dalam rahmatNYA.

Saya teringat lagu hijjaz, tentang sahabat...byk nasyid dr kumpulan ini berkaitan sahabat...hmmm...saya juga teringat sirah rasulullah SAW. Abu Bakar as-siddiq sahabat sejati baginda. Ya ALLAH, walaupun sy tidak mmp menjadi spt Abu Bakar, sahabat sejati kepada Rasullah SAW,berikanlah aku tempias dr beliau...

Hargailah sahabat kita, hargailah nikmat pinjaman ALLAH. Moga kita tergolong dalam orang-orang yg bersyukur...
Dengan apa yang kita ada, gunakanlah ia sebaiknya, jalinkan ukhuwwah atas dasar aqidah yang satu. Murnikanlah ukhuwwah yang telah sedia suci. Jalinkan ukhuwwah kerana ALLAH, pasti kita akan merasa manisnya sebuah persahabatan

Wallahua'lam

November 9, 2010

kerana kalian milik DIA

بسم الله الرحمن الرحيم
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan….
Entry ini khusus buat insan-insan yang bergelar sahabat…
Saya mula mengenali erti sebuah persahabatan bila mana saya mula tinggal di asrama, saya mula tahu apa itu sahabat bila saya mula menjejakan kaki di UM Nilam Puri, Kelantan. Saya tidak pernah tinggal di asrama sebelum ini, jadi inilah kali pertama saya tinggal di asrama. Ditakdirkan duduk sebilik dengan 4 orang yang masing2 dari negeri yang berbeza. Saya dari utara tanah air, ija dari Selangor, tengku dari Terengganu, dan mai pula dr kuantan Pahang,

Ditakdirkan kami juga sekelas, bayangkanlah, pergi kelas bersama, balik bersama, makan bersama dan byk aktiviti kami bersama-sama. Atas asbab kami sekelas, maka bilik kami menjadi markas untuk kawan-kawan berkumpul. Antara yang selalu masuk geng kami ialah shima dan kimah.

Namun tidaklah saya menafikan, kami juga punya masa gaduh, punya masa bermasam muka, tapi itu semua manjana kematangan setiap orang. Biasalah, bila umur sama, kematangan pun lebih kurang sama juga…kami atasi sebaik mungkin. Semua itu tinggal kenangan. Saya juga tidak menafikan, sahabat2 yg di dalam bilik inilah banyak memberi semangat pada saya. Mana bias saya lupakan. Ketika saya menjadi mas’ulah majmua’h, mereka yg byk membantu, ketika saya yang tak pandai berbahas ini masuk pertandingan bahas, siapa lg yg support sy ketika itu…mereka juga…ketika sy menangis keletihan dgn taklifan yg sy sendiri tak pandai urus, siapa lg yang sanggup mendengar tangisan sy melainkan mereka…

Hampir setahun, 2 semester kami bersama dalam sebuah bilik yg kecil, yg lokernya sgt kecil, tidak semewah sekarang, ttp tempatnya sangat bernilai iaitu “biah solehah” yg sgt ditekankan. Masuk semester yang keetiga kami menyambung di UM KL, seronok di sini, masakan tidak, tempat yg lebih selesa, jauh dr kekurangan, nak naik bilik tak usah penat2, ada lif, namun suasananya sangat memeritkan jiwa yang merasa.
Saya memilih utk bersama dengan shima, byk persamaan sy dan shima, byk perkongsian antara kami. Dia antara org yg tak perlu sy luahkan apa dlm hati kerna dia dapat mengagak naluri sy…sebulan sj sy bersama mereka…sy yang meninggalkan mereka sbb sy memilih satu jalan yang lain. Jalan yang telah ALLAH taqdirkan. Pemergian saya diraikan dengan jamuan, penuh kejutan, kononnya ketua batch nak jumpa sy, sedangkan mereka semua ingin berjumpa saya…

Pertemuan baru…

Sukar untuk melupakan yg lama, namun ALLAH berikan seorang sahabat yang baru, sukar dicari ganti, SURIATI RAMAN…roommate baru ditempat baru, orang Terengganu…alhamdulillah, tidak sesukar mn utk memahami loghat Terengganu kerana sy dah terbiasa sebelum ini… saya akui, saya ambil masa utk mengenali sahabat sy yg seorang ini, hampir satu semester saya cuba utk menyesuaikan diri, Alhamdulillah, ALLAH mempertautkan hati kami.

Saya akui, saya melalui satu proses untuk membolehkan saya berfikir, utk sy cuba berlapang dada, utk sy belajar erti hidup pada memberi dan byk lagi yg sy pelajari, tetapi yang menjadi ujian sepanjang sy melalui proses ini ialah sahabt2 sekeliling saya. Suriati, sahabat yg terlalu byk menolong, ketika sy berserabut dengan duit2 surau, dia yang menolong, saat saya kebuntuan dlm mendapatkan keputusan, dia cuba meleraikan…terlalu byk kenangan bersama dia…sehingga sy berazam utk tidak menyakitkan hati shbt sy, walaupun sy akui sy kadangkala terlanjur kata dan perbuatan. Kenangan bersama dia terlalu byk, sukar utk sy coretkan, manis, pahit, duka, senang, susah, menangis, ketawa semuanya ada…

Sehinggalah satu ketika saya harus akur,dia hanya pinjaman, ketika hari2 yg dilalui menyulam pengalaman dan semuanya berkisar kemanisan, saya diuji dan dia diuji…sama2 menerima ujian… Suriati sakit, dan terpaksa berpindah dengan tempat yg lebih berhampiran dengan rumahnya, saya pula menerima ujian apabila sy terpaksa berseorangan. Dalam masa seminggu, segalanya berubah, saya akur,,,mereka hanya pinjaman, saya tak berhak menghalang…

Selama beberapa bulan, saya tidak memadamkan lampu ketika tidur, sy merasakan saya berdikari…sahabat yg lain ada, Cuma sy tidak punya teman sebilik…Alhamdulillah…sahabat2 yg lain juga support sy sebaiknya…

Hujung semester satu, saya dilamar bukan saya melamar, seorang kakak KPLI kos bahasa Arab ingin tinggal bersama saya… sy panggil kak yuni, dah berkahwin orangnya…alhamdulillah, sy punya teman berbual…Ya ALLAH, engkau kurniakan teman2 yg baik semuanya…saya tidak nafikan, sepanjang sy mengenali teman sebilik, tidak pernah sy punya mslh yg besar ttp meraka yg byk membantu…
Wah, teman sebilik sy jauh berbeza dr sebelum ini, ya lah org dah berkahwin, lain caranya…saya suka, jauh lebih matang, byk perkara baru sy belajar…terlalu byk…byk perkongsian, byk nasihat yg sy dpt…saat exam datang, kak yuni selalu panggil saya “ wani, wani dah habis bc buku…” rupanya saya dah memasuki alam lain…

Saya belajar erti bersungguh dalam menuntut ilmu…kak yuni sgt rajin…huh…letih sy yg melihatnya…saya kagum dgn ciptaan ALLAH…orangnya sabar, baik hati dan murah dgn senyuman…satu keistimewaan kami ialah wajah kami yg seiras, ada yg ckp kami adik beradik…best…

Kak yuni, sgt byk membantu…saya agak sibuk semester ini, saat mesyuarat jpp dimlm hari, dia meminjamkan kereta…mn sj kesusahan sy…dia cuba membantu, byk sgt khidmat kereta dia digunakan

Sekejap sahaja masa berlalu, banyak sgt kenangan yg terukir,,,hari ini hari terakhir kak yuni bersama sy…seusai exam pg td, kami keluar shopping dan juga mkn2…hari ni kak yuni belanja…perasaan sy bercampur baur sejak semalam lg…sy akan melalui perkara yg sama….Saya gagahkan diri hari ini, klu ms suriati pindah sym mg tak sanggup melihat brg2 dikemas, namun hari ini sy lebih kuat, tp sy hnya dia membatu…sekadar berbas-basi bertnya apa yg perlu dibantu, sedangkan sy benar2 tak sanggup melihat…

Tak ada apa yang sy boleh bagi pada kak yuni melainkan doa mengiringi perjalanan kak yuni, sekeping gambar kami berdua sy letakkan dlm handbagnya…air mata tak dapat tertahan di saat sy menghantar kak yuni ke keretanya…doa sy mengiringinya…semoga dia berbahagia di samping keluarganya, semoga dia dikurniakan anak yg soleh yang akan menggoncang dunia utk ISLAM tercinta…Ameen

ALHAMDULILLAH, ALLAH pinjamkan sy sekejap shbt2...agar sy menegerti apa itu sahabat, hikmahnya tidak ternilai...DIA tahu apa yg terbaik buat sy...

Buat semua sahabat2 seperjuangan saya, terima kasih buat kalian. Hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian…tiada apa sy dpt berikan ,melainkan doa yg sy iringkan dalam tiap solat sy…sy bersyukur ALLAH kurniakan kalian buat saya, namun saya harus bersedia utk kehilangan kalian, kerana kalian hanyalah pinjaman buat sy…DIA yg menjadikan kalian, mmg selayaknya DIA mengambil kalian tanpa izin saya juga sesiapa. Sesungguhnya kita hanya hamba, DIA yang memiliki kita…

buat kak mira yg bakal melangkah keluar beberapa hari lg, teruskan perjuangan...doa km mengiringimu

June 12, 2010

LEPASKANLAH MEREKA BILA TIBA WAKTUNYA...

Bismillahirahmanirahim…

Selawat dan salam ke atas rasul, junjungan Muhammad S.A.W…

Cuti sekolah telah berlalu beberapa hari, hampir seminggu cuti sekolah bermula. Bulan rejab juga kian hampir. Cuti sekolah membuatkan saya sangat teruja namun disebalik keterujaan saya itu, saya juga kurang gemar, kerana fikiran saya juga akan mengikut rentak cuti…lesu saja rasanya. Nak menulis pun tiada idea. Namun rasa bersyukur harus saya zahirkan.

Beberapa hari lalu, saya sempat bersama sahabat-sahabat mengikuti satu tazkirah dari seorang yang bagi saya sukar sekali saya untuk bertemu dengan seorang wanita yang sepertinya. Barangkali saya yang tidak mencari, oleh sebab itu saya tidak menjumpainya. Banyak perkara yang menyentuh hati apabila berbicara dengan beliau.



Saya memanggil beliau dengan panggilan kak yati. Pesan kak yati…

Adik, nak jadi pendidik ni hati kena bersih. Lazimkan hati dengan berzikir. Selawat biar basah dimulut. Makan harus dijaga. Budak-budak ni suka dengan orang yang hatinya bersih.

Saya pun terus bertanya pada kak yati…

Alwani : Secara zahir ke kak? (mksd saya, budak-budak kalau dia tak nak dekat dengan kita, maknanya hati kita tak bersih ke)

Kak yati: Tak semestinya dik, tapi dari segi dia nak meluahkan masalah hanya orang tertentu saja yang dia pilih. Dia pun terima nasihat orang tertentu sj. Sbb tu, kdg2 kita bg nasihat, dia tak nak terima.


Huh, saya mengelamun panjang. Memikirkan nasihat kak yati…nak jadi seorang guru, nak jadi seorang naqibah, nak jadi seorang daie, dan juga seorang ibu dll. Semua ni penting!

Hmm, banyak peristiwa hari ini yang menyebabkan saya terfikir peranan ibu bapa. Masakan tidak, saya baru membaca surat khabar yang menceritakan seorang ibu sanggup mencekik bayinya. Letih membaca berita sedemikian. Tidakkah mereka tahu, anak-anak adalah aset yang berharga dimana doa anak-anak yang soleh akan menemani ketika di alam sana nanti.

Ibu bapa pula haruslah memainkan peranan penting sewaktu anak-anak masih kecil lagi. Bahkan sejak di dalam kandungan lagi. Harus menghiasi hari anak-anak dengan ayat-ayat suci ALQURAN. Biar lunak hati mereka untuk mendengar cakap ibubapa.

Bila anak sudah dewasa, lepaskanlah mereka perlahan-lahan. Jangan terlalu laju melepaskan mereka, bimbang jiwa muda mengusai diri. Jika mereka ingin menginfakkan diri mereka pada PERJUANGAN ISLAM, usah ragu-ragu lagi mengizinkan mereka untuk membantu agamaNYA. Usah bimbang apa yang akan berlaku, andai niat mereka ikhlas, pasti sahamnya kita akan terima juga. Ini kerana, janji ALLAH adalah pasti. Yakinlah wahai ibu bapa sekalian.

Sesungguhnya anak-anak tiada apa yang mereka dambakan melainkan redha dan doa dari kedua orang tua dalam melayari bahtera kehidupan. Mengemudi bahtera kehidupan bukanlah semudah kata-kata yang terhambur di bibir, namun perlu belajar dari pengalaman-pengalaman yang mereka lalui. Bantulah mereka.

Anak derhaka,

Ada anak-anak yang memang bersikap kurang ajar. Ini semua ujian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Mungkin juga sebagai tanda kasih sayang ALLAH kepada kita agar kita bermuhasabah. Ambillah dengan penuh rasa kesyukuran. Namun disebalik kederhakaan anak-anak, ibu bapa jangan pula cepat terasa hati dengan sikap anak-anak, kerana murka ALLAH itu terletak pada murkanya Ibu bapa.

Didiklah anak itu dengan tarbiah yang secukupnya walau dalam apa jua keadaan baik semasa kita marah atau semasa tenangnya hati kita. Mereka adalah aset kita yang tidak ternilai. Hargailah mereka apa adanya. Moga dengan baik didikan kita, maka redha ALLAH juga bersama kita. Andai kita mendidik mereka untuk meneruskan perjuangan kekasih junjugan, moga ia menjadi dalil kita mencintai Rasulullah S.A.W. seterusnya melahirkan rasa kehambaan kepada ALLAH S.W.T.

Wallahua’lam

10.49 pm


لا إله إلاّ اللهإلهاً واحداً و نحن له مسلمون

May 29, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL JUNJUNGAN.

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir..


Cuti sekolah menjelang tiba, alhamdulillah, banyak jemputan walimah dari sahabat-sahabat seperjuangan.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Perkahwinan adalah sunnah rasulullah SAW. Namun begitu, berapa ramai yang benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh yang dalam kehidupan rumahtangga. Saban hari kita mendengar tentang penceraian rumahtangga, yang menjadi mangsa adalah anak-anak...

Kesempatan ni juga, nak ucapkan jutaan kemaafan buat insyirah sekeluarga sbbnya tak dpt nak hadiri undangan perkahwinan syira. Hanya doa yang mampu kak wani hulurkan agar masjid yang dibina akan dilimpahi kebaikan serta melahirkan zuriat yang akn menjadi pembantu agamaNya.

KENAPA PERLUNYA PADA SEBUAH PERKAHWINAN?

1) Hanya dengan satu aqad yang dipenuhi syarat-syaratnya, maka hubungan antara lelaki dan perempuan menjadi halal. Fitrah semulajadi setiap untuk hidup berpasangan. ALLAH menjadikan adanya lelaki dan perempuan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “ (AR-RUM: 21)

2) Perkahwinan juga adalah untuk melahirkan zuriat. Maksudnya: “Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat.”
(Riwayat Al Baihaqi)

Allah, Masyarakat hari ini sebaliknya, jika boleh, mahu menghadkan anak. Mereka tidak sedar, sesungguhnya anak-anak adalah aset bernilai bagi ibu bapa. Manakan tidak, anak-anak yang dididik dengan peribadi Islam akan mendoakan ibu bapa ketika kita di sana nanti. “Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.”
(Riwayat Muslim)

KITA???


Berapa ramai antara kita yang benar2 menjaga hubungan semasa alam pertunangan. Ramai remaja yang tidak ambil pusing tentang hal ini. Tidak kira dari mereka yang mengetahui tentang hukum hakam atau tidak, namun hakikatnya ia menjadi penyakit yang sukar sekali untuk dibendung. Ingin ditegur, terasa bersalah, bimbang ada yang terasa, namun jika tidak ditegur, ALLAH akn bertanya tentang tanggungjawab kita...Ya ALLAH...

Jagalah hubungan sebaiknya, demi anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Usah dipersalahkan anak-anak dengan masalah sosial yang mereka alami satu masa nanti, kerana permulaanya adalah KITA...

PERSOALAN...
Ada sahabat-sahabat yang bertanya, meluahkan kegusaran rasa hati apabila diri dilamar. Sahabat, mohonlah petunjuk dari ILAHI. perkahwinan bukanlah untuk masa 2-3 hari, ttp kalau diizinkan, hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya hanya pada DIA tempat kita bergantung...

Ya ALLAH...pimpinlah hati kami menuju jalanMU yang lurus...

Selamat PENGANTIN BARU buat SYIRA & ZAUJ...








لا إله إلاّ اللهإلهاً واحداً و نحن له مسلمون

April 17, 2010

"BILA ALLAH MENDUGA KITA"

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang...
selawat dan salam buat kekasih junjungan...



Alhamdulillah, sehingga saat post ini ditulis, ALLAH masih mengurniakan nikmat iman dan ISLAM...

Seusai sahaja ceramah terakhir kursus pra perkahwinan, saya ingin terus keluar dr dewan, terasa berat sekali otak ini menerima input yang diberikan penceramah tadi, andai yang lain terbuka mata mendengar maklumat penting, saya pula tidur beralaskan buku...bukan sengaja, namun itulah hakikatnya untuk hari ini. Barangkali terlebih tidur malam tadi dan juga rasa letih sehingga otot-otot terasa lenguh.

Jujurnya, hati membuak dengan rasa geram pada seseorang, sedih juga barangkali, saya benar-benar berharap apabila melaksanakan tugasan, tolonglah lakukan secara profesional, usah dicampuradukan dengan yg lain, ia bisa menyusahkan yang lain!...
Namun saya juga harus bertindak waras, sesudah solat asar, saya membiarkan ayat-ayatNYA mengalir dalam tiap denyut nafas...

Untuk menghilangkan gusar di hati, bibir ini terus menuturkan selawat tafrijiyyah, biar terlerai segala kegusarn yang membingitkan, biar hilang rasa marah yg tidak sepatutnya ada, biar syaitan jauh dari diri ini...

Saya juga menelefon mak dan abah di kampung, biar tenang mendengar suara mereka...biar sejuk hati ini. Beberapa hari lepas, seorang sahabat menghadiahkan saya sebuah buku yg bertajuk "bila ALLAH menduga kita"... terima kasih wahai sahabat...sesungguhnya dia memahami hari-hari yang saya lalui...hanya doa dari kalian saya perlukan untuk terus melangkah dalam medan ini...

WAHAI DIRI...

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (3:139)

>



لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

March 18, 2010

SECANGKIR KOPI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan...

Beberapa minit sebelum masukknya waktu isyak, ana membaca buku "travelog dakwah", pemberian seorang sahabat seperjuangan...hmmm, menarik...Tiba2 msk satu mesej dr adik kesayangan, walau tak pernah bersua, namun namanya tepahat di hati...

Lama juga tak update blog ni walau setiap hari ana menjenguk blog ni...cuti pun dah hampir sampai ke penghujungnya, assignment blm siap...sudah dua hari ana menghadap laptop dr pg sampai malam, mata dah berpinar-pinar, belakang pun cukup sakit...puas minta adik-adik tolong regangkan tulang belakang...lenguh...tak hairanlah kalau hospital yang bahagian orthopedik tu penuh dengan remaja dan org yg muda.

Minggu lepas merupakan minggu untuk guru pelatih semester 3 menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Ni dah masuk kali ke 3 ana dan shbt2 yg lain kesekolah untuk mencari pengalaman. Memandangkan ana tidak diizinkan untuk keluar dari negeri tercinta, jdnya, ana angkut shbt2 untuk buat PBS di Perlis...hehehe, yang jd mangsa kali ni ialah KAK MILAH.....


(ustazah jamilah dan pelajarnya ...hehehhe)

Memandangkan kenduri kak fizah dan ust ashraf pun berlansung minggu ni, olh itu ana amik keputusan utk bw jamilah dan hawa jalan2 kat perlis. Lama juga tunggu cik nurul n cik nakiah untuk sampai di Perlis hingga kami memanjangkan kaki menjejak ke gua kelam ( memenuhi hasrat kak hawa ). Ana juga bw mereka ke taman ular. ziarah ular2 yang terkurung di sana. Kesian juga...huhuhu. Dalam pukul 2, kami pun makan kenduri di rumah kak fizah, semoga masjid yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan seterusnya melahirkan zuriat-zuriat yang akan menjadi penolong agama ALLAH. Insya' ALLAH...ameen ya ALLAH...


(suasana di dalam gua kelam)

TUGASAN HUNUNGAN ETNIK DAH MEMANGGIL...nnt kt smbg lg ye...















لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

March 4, 2010

Antara dua hati...

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Antara dua hati,
yang punya sama nilainya...
kebuntuan menyepit diri ini...
yang mana satu harus aku utamakan...

Ya Rabb,
Ingin sekali aku menemukan dua hati ini,
Yang dulu pernah berjanji untuk bersatu hati,
Namun...kini segalanya hanya tinggal kenangan


ya ALLAH...
Bantulah diri ini,
berikan ketenangan pada hati ini,
biarlah tiap tingkah laku yg bakal dilalui hanya dengan petunjukMU...
tunjukkan aku jalan yg lurus...
moga istikharah menjadi jalan untuk mencapai redhaMU ya ILAHI...


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

February 22, 2010

BUAT KALIAN...

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang


Kudedikasikan warkah ini buat insan-insan yang menjadi tulang belakang perjuangan ini. Terima kasih buat kalian yang sentiasa ada ketika susah dan senang, ketika jatuh dan bangun, ketika duka dan ketawa…

Kasih dan sayang kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

Buat ibu yang tercinta, kasih dan sayang mu tiada gantinya. Ketika duka kaulah pengubatnya, ketika aku jatuh kau menghulurkan tanganmu. Ketika gagalnya aku, kaulah penyuntik semangat. Ketika sakitku, kaulah wasilahnya . Ketika marahku, kaulah insan yang meyabarkanku. Ketika gelojohnya keputusanku, kaulah penasihatku.

Ibu,
Sabarmu semangatku, marahmu kebaikanku, kasihmu tiada duanya. Sakitmu ketabahanku, dukamu pengajaranku. Ya ALLAH, kasihilah ibuku sebagaimana dia pernah mengasihi aku ketika aku kecil hingga sekarang.

Ketahuilah ibu, kasihku buatmu juga, mungkin kasihku tidak mampu sebesar kasihmu, namun ku mohon padamu ILAHI, jangan jadikan aku anak derhaka.


Buat abah tersayang, jasamu mana mungkin akan berbalas. Ketika buntuku, nasihatmu penemanku, ketegasanmu bentengku, semangatmu kekuatanku. Keringatmu pengajaranku. Kasihmu penawarku. Pengorbananmu fikiranku…

Ketika jatuhnya aku, dialah pemberi paling setia. Hanya sedikit bicaranya sudah mampu membuatkan aku berfikir. Hikmahnya ketenanganku. Biar kerap kali aku menyusahkan dia, tidak pernah terluah keletihan dibibirnya

Ketahuilah abah, kasihku juga buatmu, mana mungkin kasihku padamu mampu sebesar kasihmu padaku, namun doaku pada ILAHI, jauhkan aku dari sifat anak derhaka.

Buat ibu dan abah, cinta kalian buat kami adalah cinta tanpa syarat. Hanya DIA yang berhak memberi yang terbaik atas segala kebaikan yang kalian curahkan.

Buat adik-adikku….
Kalianlah semangatku, tawa kalian penawar duka, gurau kalian penawar rindu.
Wahai adik-adikku, jadikan diri kalian penolong agamaNYA. Dunia ini sementara sifatnya, semua itu atas kasih dan sayangNYA, pinjaman sementara. Sedarlah, kita tidak punya apa-apa, satu masa nanti, pasti ia akan kembali pada fitrahnya. Kita tidak punya hak untuk mengahalang, kerana kita bukan pemiliknya. Redhalah kalian dengan setiap ketentuan. Bersyukurlah kalian atas segala anugerah.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan…

Terima kasih atas budi baik kalian, segala bantuan yang diberikan. Buat semua sahabat-sahabat yang pernah bersama, susah dan senang diharungi, duka dan tawa juga ditempuhi. Buat yg pernah bersama ketika jatuh dan bangunnya aku, semangat kalian mana mungkin dilupakan. Biar kita susah sekarang agar generasi akan datang merasai nikmatnya. Biar kita berkorban masa, agar Islam tertegak. Biar satu masa nanti, ISLAM itu dijulang tinggi. Biar dimana jejak kita, di situ ada kalimah tayyibah …lailahaillALLAH….

Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami, kami hamba yg hina disisimu. Bantulah kami dalam tiap langkah kami. Jadikan kami tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.

Ya ALLAH ya tuhanku, kasihilah insan-insan ini, aku bersaksi bahawa mereka pernah melakukan kebaikan terhadapku. Dekatkan hati mereka denganMU YA ALLAH. Kuatkan hati mereka, majukan langkah mereka untuk agamaMU. Berkatilah hidup mereka, limpahkan kasih dan sayangMU pada mereka…ameen ya ALLAH

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

January 20, 2010

Apalah kiranya....

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, nikmat iman dan islam masih diizinkan mengalir dalam diri ini. Semuanya milik DIA yang paling berhak untuk segalanya. Jodoh pertemuan, ajal maut adalah rahsia DIA yang maha agung. Semua itu adalah rahsia yang kita tidak bisa ungkai. Bukan hanya itu, tetapi segalanya adalah rahsia DIA, pemilik segala-galanya.

Post untuk kali ini hanyalah sekadar perkongsian, sebagai peringatan buat diri yang sentiasa lalai, lupa, dan alpa. Dalam melayari bahtera untuk menuju destinasi impian, sudah pasti ada hati yang terluka, mungkin dengan kata-kata, mungkin juga dgn mimik muka yang tidak disengajakan, dan barangkali sikap yang ditonjolkan.

Gurauan ibarat bunga yang akan menghasilkan bau wangi, yang akan menyegarkan suasana, namun sedarkah kita, andai terlalu banyak bunga dalam sesuatu kawasan, sudah pasti haiwan dan mahluk yang ada di situ sukar bernafas. Bunga itu sendiri juga akan menjadi layu kerana persaingan sesama sendiri.

Jujurnya, pada pendapat ana, guruan dan perkara yang sewaktu dengannya amat diperlukan, masakan tidak...Rasulullah S.A.W sendiri bergurau. Namun gurauan itu lansung tidak menimbulkan rasa kecil hati pada sesiapa. Bagaimana pula kita hari ini?
Islam telah menggariskan adab-adab dalam bergurau.

Antaranya ialah tidak berlebih-lebihan dalam berjenaka. Kadang-kadang kita berniat sekadar bergurau, namun kadangkala juga ia menjadi racun yg berbisa bg sebuah ikatan yg bernama UKHUWWAH. Ikatan suci yg terbina berjuta tahun sekalipun akn hancur andai dimamah anai-anai. Seekor anai-anai mungkin tidak memberi kesan yg besar, tp apakah yg terjadi andai berjuta anai-anai memakan tautan ukhuwwah itu. Anai-anai ibarat rasa dendam yang disimpan di dalam hati. Ia bisa menggugat tautan hati yang sekian lama terjalin.

Sedarkah kita, sesungguhnya, gurauan yang kita hadiahkan pada rakan-rakan disekeliling kita seharusnya gurauan yang boleh diterima oleh pihak yang menerima. Rasulullah S.A.W pernah berpesan "Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang-barang temannya, apakah itu hanya gurau senda atau sungguh-sungguh, dan jika ia telah mengambil tongkat temannya, maka ia harus mengembalikan kepadanya".

Banyak lagi adab-adab dalam bergurau, namun cukuplah sekadar ini untuk mengingatkan diri ini, apalah salahnya kita menghormati orang lain sebagaimana orang lain menghormati kita. Apalah salahnya kita merendahkan ego kita demi menjaga sebuah ikatan suci yang bernama ukhuwwah, apalah salahnya kita mendoakan sahabat kita walaupun dia pernah melukakan hati kita.

Buat sahabat2 seperjuangan yang pernah berada bersama ana, menjalankan tugas bersama, jutaan kemaafan dipohon atas salah dan silap, atas kekasaran bahasa, dan semua perilaku yang mengguris hati kalian. " Terima kasih juga buat kalian semua. Hargailah sebuah pertemuan kerana ia menjanjikan perpisahan, dan kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya.




لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

January 11, 2010

ILHAM KEMBARA


Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang…

Sekadar perkongsian...

Hati mana tidak berbunga apabila diizinkan untuk menyertai daurah ilmiah ke Kuala Lumpur, Singapura dan Indonesia. Pada mulanya, sukar juga saya untuk meyakinkan ibu bapa tentang kelulusan program ini, namun begitu, pertanyaan mereka hanya sekadar untuk menguji kesungguhan saya sama ada bersungguh-sungguh atau tidak untuk turut serta dalam daurah ini. Maklumlah, saya memang selalu mengubah keputusan di hari-hari terakhir.

Permulaan perjalanan daurah ini bukanlah bermula pada hari bermulanya musafir kami, tetapi ia bermula lebih awal. Bagi saya, kesukaran untuk mendapatkan cop jari (untuk menggantikan kad pengenalan yang telah rosak) merupakan mehnah pertama yang saya lalui, masakan tidak, hampir 20 minit, saya berada di kaunter semata-mata untuk itu. Air mata mula bergenang, di tambah pula dengan kesukaran yang bakal dilalui. Saya diminta pulang ke Perlis, untuk mendapatkan surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri. Berserabut fikiran ketika itu, memikirkan kekangan waktu untuk pulang dan kesukaran untuk membuat posport berkumpulan.

Saya sebenarnya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerani yang berkenaan kerana dengan sabarnya dia mencuba untuk membantu saya, puas juga dia menelefon pihak tertentu bagi bertanyakan penyelesaian bagi masalah saya. Keputusan terakhir diambil, andai masih tidak dapat juga cop jari, maka saya mungkin akan tercicir dari menyertai daurah ini. Namun, itulah kuasa ALLAH, saya meminta kerani tersebut untuk mencuba buat kali terakhir, dan Alhamdulillah, apa yang diinginkan diperolehi.

Melihat kesungguhan AJK passport untuk meyiapkan tugasan mereka membuatkan ana terfikir, betapa kuatnya kesungguhan mereka untuk meneruskan daurah ini. Mana mungkin mereka sanggup untuk mengorbankan masa ulangkaji ditambah pula dengan peperiksaan yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Bukan hanya AJK passport yang menjalankan tugas mereka dengan cemerlang, majlis tertinggi dan juga ahli jawatan kuasa lain juga begitu. Saya yakin, berkat usaha, doa dan tawakal yang tinggi menjadikan mereka diberi kekuatan oleh ALLAH S.W.T untuk terus menjayakan tugasan masing-masing. Saya juga diuji sekali lagi apabila kesukaran untuk mengambil kad pengenalan yang telah siap. Ini adalah kerana cop jari yang disebelah kiri telah berubah, dan yang sebelah kanan pula tak dapat dikesan oleh mesin. Semoga kejadian ini akan mendidik jiwa saya menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

Pada 14/12/2009, saya bertolak ke rumah sahabat seperjuangan, nakiah untuk bermalam di sana. Pada keesokan harinya, kami bertolak ke maktab pada jam 8.30 pagi. Satu lagi ujian yang terpaksa saya lalui apabila, plastic yang mengisi kasut telah dicemari dengan kencing kucing dan tidak terkecuali tudung juga berbau najisnya. Ya ALLAH, betapa ia menguji kesabaran saya apatah lagi saya memang trauma pada kucing. Namun, saya yakin sudah pasti ada hikmah yang tidak tersingkap nilainya.

Destinasi pertama untuk kami samapai ialah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Mengikut perancangan, kami akan berada di sini selama lima hari. Saya bersama sahabat saya tiba pada jam 5.30 petang. Hujan lebat menyambut kedatangan kami. Melihat bagunan asrama tempat kami menginap membuatkan saya tertanya-tanya, ada lif tak?. Saya memikirkan beg berat yang terpaksa diangkat andaikata mendapat aras yang atas. Doa diukir di dalam hati agar segalanya dipermudakan Ilahi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan, masakan tidak, beg yang amat berat itu diangkat oleh pak cik zainal, iaitu pemandu bas yang kami naiki. Semoga Allah memberkati beliau.

Seterusnya, saya ingin membuat kesimpulan sepanjang berada di sini.

Kami menerima layanan yang cukup baik dari pihak ILIM. Setiap hari, pengisian dari sudut aqidah amat memberansangkan minda. Banya perkara baru yang diperolehi. Tempat ini sesuai untuk kursus yang melibatkan Islam. Jadi tidak mustahilah, ILIM menjadi pilihan untuk pengambaran rancangan adik-adik ku yang akan ditayangkan pada tahun 2010. Di samping itu, kursus untuk orang asli juga ada dijalankan disini. Keselesaan tempat penginapan juga tidak dapat dinafikan. Makanan yang disediakan juga memenuhi keperluan kami semua. Yang paling terkesan sepanjang berada di sini ialah apabila saya berpeluang mengikuti majlis bersama Syeikh Yusof Al-Qardhawi. Ketenangan wajah dan akhlak yang terbias pada seorang ulama’ amat meruntun hati kecil ini. Air mata mengalir semasa keberangkatan ulama’ tersohor ini meninggalkan dewan mewah PICC, tergambar difikiran, keadaan syeikh yang sudah berumur, bertongkat dan wajah yang tersenyum namun masih menggagahkan diri untuk menyampaikan seruan beriman kepada ALLAH. Mampukah pemuda masa kini menjadi seperti beliau? Hakikatnya, kita ketandusan ilmuwan untuk menyelasaikan masalah yang kian menikam dunia hari ini.



( AL-Allama' Syeikh Yusof Al-Qardhawi- tengah )

Pada 20/12, kami bertolak ke Johor Baharu dan sebelum sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah, kami terlebih dahulu singgah di Danga Bay dan Plaza Angsana. Kami sampai di sekolah tersebut agak lewat dan seterusnya ketibaan pensyarah bersama dengan keluarga mereka. Pada hari esoknya, iaitu 21/12, kami akan bertolak ke Singapura pada jam 4.30 pagi, ini bermakna, kami akan bergerak seawall mungkin, ini adalah lantaran kesibukan di imigresen Singapura. Kami sebenarnya agak lewat bertolak, lebih kurang jam 5.30 pagi, hal ini menyebabkan kami tersangkut di perjalanan. Kami mula terfikir, di mana tempat yang sesuai untuk solat, dan akhirnya, ustaz membuat keputusan untuk bersolat ketika di imigresen singapura.

Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung, kami membuat keputusan untuk solat di tepi koridor. Ini adalah kerana, tiada surau di imigresen Singapura. Sudah jelas lagi nyata, betapa manusia begitu mementingkan dunia sehingga hokum ALLAH diabaikan. Selepas itu kami bertolak ke masjid Ba’alawi, makam Habib Nuh, muzium warisan dan ke pameran yang dianjurkan oleh International Religious Organisation (IRD). Jujurnya, saya boleh katakan, bahasawanya, layanan yang diberikan oleh mereka membuatkan rombongan ini terasa begitu dihargai. Habib Hassan dan juga masjid Ba’alawi begitu baik pada kami. Mereka mengajar saya untuk meraikan tetamu sebaiknya. Bermalam di masjid Ba’alawi adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keadaan di situ menyebabkan saya terfkir betapa beruntungnya rakyat Malaysia.


( di masjid Ba'alawi, Habib Hassan turut bersama )

Hari ini, 22/12/2009, kami akan bertolak ke tanjung pinang, namun sebelum itu, kami ke pejabat mufti Singapura. Kedatangan kami disambut sendiri oleh mufti Singapura, iaitu Habib Isa bin Semit. Penerangan tentang pengurusan Islam agak mengagumkan saya. Walaupun kerajaan singapura adalah sekuler, namun semua masjid diuruskan tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan mereka. Masyarakat Islam di sana hanya 14.9%. Alhamdulillah, mereka masih terus berdiri. Fikiran saya juga tidak dapat lari dari memikirkan kesan kemodenan kepada masyarakat Singapura. Ini adalah kerana, pembinaan tempat berjudi yang besar seperti Las Vegas giat dilakukan. Ya ALLAH, terkejut melihat tempat tersebut, begitu besar. Semoga Allah menyelamatkan penduduk negeri ikan todak tersebut.

Petang tersebut, kami berangkat ke Tanjung Pinang, saya perlu memastikan minda saya tidak dipengaruhi bahawa saya akan muntah dan pening. Alhamdulillah, lebih kurang dua jam perjalanan, segalanya berjalan lancar. Kami disambut baik oleh pihak sana dan yang paling terharu bila mana kedatangan kami ke majlis malam tersebut. Turun sahaja dari kenderaan yang membawa kami, terdengar paluan kompang. Hati terasa berbuih-buih lantaran terasa seperti terharu dengan sambutan yang diberikan. Terasa juga seperti pengantin baru yang menjadi tontonan ramai. Majlis malam tersebut seperti kenduri perkahwinan. Bukan hanya makan semata –mata, persembahan dan sesi ramah mesra turut dijalankan. Kembara kali ini benar-benar mengajar kami tentang menghormati tetamu yang hadir.


(Masjid Qanaah - rombongan Malaysia bersama penduduk kampung tersebut )

bersambung...
لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

January 10, 2010

Terima kasih...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni, ana nak posting special dedikasi buat syira...hanya ALLAH yg mmp membalas budi baik syira pada kak wani...


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More