June 25, 2009

Masihkah Aku Disini

syukur ke hadrat ILAHI...masih diberikan kekeuatan untuk menulis walaupun idea tidak muncul-muncul walau dipaksa sehingga terpaksa meminta pendapat seorang insan yang bergelar sahabat. Masihkah aku disini adalah permintaan dia untuk ana menulis mengenai dirinya dan juga pandangan ana tentang dirinya.

Siapa sahaja pasti inginkan perubahan. Sesungguhnya hari ini seharusnya lebih baik dari semalam dan esok seharusnya lebih baik dari hari ini. Umat Islam akan sentiasa dalam kerugian andaikata keadaan berlaku sebaliknya. Secara jujurnya ana cukup mengagumi sahabat yang seorang ini, ana banyak belajar erti tabah dalam mengaharungi hidup ini dan juga makna bersyukur dengan apa yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.

Mengaharungi dugaan yang telah diterima dengan hati yang redha bukanlah satu perkara yang semua orang boleh lakukan. Hakikatnya ramai yang tersungkur apabila menerima ujian. ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
( QS 2: 286 )


Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui hambanya. Dia hanya memberi apa yang hambanya mampu. Walaupun kadangkala kita merasakan ujian itu cukup berat namun ingatlah wahai diri, itu semua tarbiyah dari ALLAH. Tinggikatkanlah tawwakal dalam dirimu. Pasti kebahagiaan akan memenuhi ruang hati.

قال الله تعالى في كتاب العزيز

...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
( QS 2:216 )

Buat sahabatku yang disayangi, yakinlah sesungguhnya ALLAH sedang berbicara denganmu. ALLAH mengasihimu dengan tarbiyyah yang terus datang dariNYA. Bersyukurlah kerana dalam kesusahan yang dihadapi, pasti ada hikmah yang tidak ternilai. WAALLAHU A'LAM.

Buatmu teman :

Kadang-kadang ALLAH patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita, DIA patahkan hati kita untuk membuat kita lebih semangat. DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat. DIA memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. DIA menghantar kita penyakit supaya kita belajar menjaga diri sendiri. Kadang-kadang ALLAH mengambil segalanya dari kita supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi olehNYA.

Kuhulurkan salam mujahadah buatmu teman. Takbir! ALLAHU AKBAR.

June 24, 2009

Wahai Hati...

Bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah, walaupun masa mencemburui ana untuk mencari waktu bagi menulis, namun ana gagahi jua untuk muzakarah diri yang penuh dengan maksiat. Bilik pun masih belum kemas sepenuhnya lantaran beberapa kesibukan yang sengaja dicipta oleh diri.

Memasuki semester baru walaupun hanya beberapa hari banyak mengingatkan diri erti sabar. Sabar juga merupakan mujahadah yang ana perlu lakukan. Ayuh wahai diri, jangan biarkan dirimu dibelenggu hawa nafsu. Sabarlah wahai diri, ujian itu tarbiyah, sabar itu indah. Syira memujuk hati ana dengan massage. Syukran ya ukhti habibati.

Allahyarham Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya, MAZA YA'NI INTIMAI LILISLAM ada menggariksan bahawasanya antara sifat-sifat seorang muslim ialah sabar dan lemah lembut. Maka ana tertanya-tanya adakah diri ini cukup sabar dan berlemah lembut dalam tugas ana sebagai seorang khalifah atau ana hanya syok sendiri dengan amanah yang dipikul...Ya ALLAH tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

Kadang-kadang diri ini tersungkur dengan ujian yang diberi. Hanya sedikit Allah menjentik ana, terduduk ana. Namun Allah memujuk hambanya dengan janji-janjiNya YANG PASTI!

ALLAH berfirman :

Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)


Dari Anas ra berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Apabila Aku menguji salah seorang hambaKu dengan buta kedua matanya kemudian ia sabar maka Aku akan menggantikannya dengan syurga.” (HR. Bukhari)


Oleh itu, sabarlah wahai hati, janji Allah adalah pasti. Sabarlah dengan apa jua keadaan. sahabat ana mengingatkan ana dengan katanya iaitu, USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN ANDAI TAKUT AKAN RISIKO.

salam Perjuangan buat sahabat2 yang bertungkus lumus untuk membiah solehahkan institut kami. TAKBIR! ALLAHU AKBAR!

لا إله إلاّ الله

June 18, 2009

Semester baru bakal menjelma

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang….

Assalamualaikum W.B.T …

Alhamdulillah, dah berlalu satu sem bagi tahun 2009, ini bermakna ana akan menghadapi sem 2 beberapa hari lagi, sesungguhnya cuti selama 3 minggu yang diberikan terasa begitu singkat. Hehe, apalah sumbangan ana sepanjang berada di rumah ni…yang pastinya, adk-adik yang dua orang kat rumah ni pasti sakit hati dengan kenakalan kakakmu…hehehe, jangan marah ye adiku sayang…buat adik ku yang kedua, yang telah berlepas ke IIUM, belajarla rajin-rajin…jaga maruah sebagai seorang muslimah. Ingatlah, sesungguhnya kita membawa ISLAM walau kemana saja kita berada.

Pelbagai perasaan bercampur baur, sedih, gembira untuk menyambut kedatangan semester baru, sedih sebab lepas ni dah tak boleh nak tidurkan adik, kene tunggu cuti yg akn datng…hihi , gembira juga sebab ada junior baru yang akan masuk, ini bermakna kekuatan kami untuk menggerakan amal jamaie akan bertambah, Insya’ Allah…dan yang paling penting ialah untuk meneruskan pengajian bagi menjadi guru…

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Qur'an:

"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ( ke medan perang) Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya?" (QS. At-Taubah:122)

Sesungguhnya, menuntut ilmu adalah wajib ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :
"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam"
(Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

Jadi nak atau tak nak, ana dan sahabat-sahabat seperjuangan perlulah bermujahadah dalam menuntut ilmu. sebenarnya, alam semasa belajar ni seronok, dan hakikatnya memang seronok, sebab apa, masa ni la kita belajar untuk rasa berdikari, rasa letih, rasa tak tidur sbb buat assignment –ana je la…namun begitu ramai juga antara kita yang memikirkan akademik sehinggakan tidak mahu melakukan aktiviti lain seperti bersukan dan juga kerja-kerja dakwah.

Untuk semester ni banyak juga perancangan yang bermain di dalam fikiran. Namun harus ana sedari bahawasanya kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH juga menentukannya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Doakan juga supaya kami semua terus berusaha bersungguh-sungguh agar bisa menjadi guru yang akan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara. Insya’ ALLAH…

لا إله إلاّ الله

June 17, 2009

syukran ya ukhti...

بسم الله الرحمن الرحيم

bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih dikurniakan nikmat islam dan iman...sebenarnya, nak ucap terima kasih pada adik kesayangan, syira kerana membangkitkan semangat untuk menulis...berat juga permintaan si syira ni...dah lama sebenarnya syira minta untuk menulis, panjang juga ana berfikir dan alhamdulillah, DIA telah membuka pintu hati ini untuk sama-sama berada dalam dunia penulisan dan sama-samalah berdoa supaya ana terus thabat dalam usaha untuk menegakkan kalima tauhid LAILAHAILLALLAH...amiin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More