June 24, 2009

Wahai Hati...

Bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah, walaupun masa mencemburui ana untuk mencari waktu bagi menulis, namun ana gagahi jua untuk muzakarah diri yang penuh dengan maksiat. Bilik pun masih belum kemas sepenuhnya lantaran beberapa kesibukan yang sengaja dicipta oleh diri.

Memasuki semester baru walaupun hanya beberapa hari banyak mengingatkan diri erti sabar. Sabar juga merupakan mujahadah yang ana perlu lakukan. Ayuh wahai diri, jangan biarkan dirimu dibelenggu hawa nafsu. Sabarlah wahai diri, ujian itu tarbiyah, sabar itu indah. Syira memujuk hati ana dengan massage. Syukran ya ukhti habibati.

Allahyarham Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya, MAZA YA'NI INTIMAI LILISLAM ada menggariksan bahawasanya antara sifat-sifat seorang muslim ialah sabar dan lemah lembut. Maka ana tertanya-tanya adakah diri ini cukup sabar dan berlemah lembut dalam tugas ana sebagai seorang khalifah atau ana hanya syok sendiri dengan amanah yang dipikul...Ya ALLAH tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

Kadang-kadang diri ini tersungkur dengan ujian yang diberi. Hanya sedikit Allah menjentik ana, terduduk ana. Namun Allah memujuk hambanya dengan janji-janjiNya YANG PASTI!

ALLAH berfirman :

Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)


Dari Anas ra berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Apabila Aku menguji salah seorang hambaKu dengan buta kedua matanya kemudian ia sabar maka Aku akan menggantikannya dengan syurga.” (HR. Bukhari)


Oleh itu, sabarlah wahai hati, janji Allah adalah pasti. Sabarlah dengan apa jua keadaan. sahabat ana mengingatkan ana dengan katanya iaitu, USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN ANDAI TAKUT AKAN RISIKO.

salam Perjuangan buat sahabat2 yang bertungkus lumus untuk membiah solehahkan institut kami. TAKBIR! ALLAHU AKBAR!

لا إله إلاّ الله

0 bunga:

Post a Comment

Sampaikan kepadaku walau satu ayat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More