May 29, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL JUNJUNGAN.

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir..


Cuti sekolah menjelang tiba, alhamdulillah, banyak jemputan walimah dari sahabat-sahabat seperjuangan.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Perkahwinan adalah sunnah rasulullah SAW. Namun begitu, berapa ramai yang benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh yang dalam kehidupan rumahtangga. Saban hari kita mendengar tentang penceraian rumahtangga, yang menjadi mangsa adalah anak-anak...

Kesempatan ni juga, nak ucapkan jutaan kemaafan buat insyirah sekeluarga sbbnya tak dpt nak hadiri undangan perkahwinan syira. Hanya doa yang mampu kak wani hulurkan agar masjid yang dibina akan dilimpahi kebaikan serta melahirkan zuriat yang akn menjadi pembantu agamaNya.

KENAPA PERLUNYA PADA SEBUAH PERKAHWINAN?

1) Hanya dengan satu aqad yang dipenuhi syarat-syaratnya, maka hubungan antara lelaki dan perempuan menjadi halal. Fitrah semulajadi setiap untuk hidup berpasangan. ALLAH menjadikan adanya lelaki dan perempuan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “ (AR-RUM: 21)

2) Perkahwinan juga adalah untuk melahirkan zuriat. Maksudnya: “Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat.”
(Riwayat Al Baihaqi)

Allah, Masyarakat hari ini sebaliknya, jika boleh, mahu menghadkan anak. Mereka tidak sedar, sesungguhnya anak-anak adalah aset bernilai bagi ibu bapa. Manakan tidak, anak-anak yang dididik dengan peribadi Islam akan mendoakan ibu bapa ketika kita di sana nanti. “Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.”
(Riwayat Muslim)

KITA???


Berapa ramai antara kita yang benar2 menjaga hubungan semasa alam pertunangan. Ramai remaja yang tidak ambil pusing tentang hal ini. Tidak kira dari mereka yang mengetahui tentang hukum hakam atau tidak, namun hakikatnya ia menjadi penyakit yang sukar sekali untuk dibendung. Ingin ditegur, terasa bersalah, bimbang ada yang terasa, namun jika tidak ditegur, ALLAH akn bertanya tentang tanggungjawab kita...Ya ALLAH...

Jagalah hubungan sebaiknya, demi anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Usah dipersalahkan anak-anak dengan masalah sosial yang mereka alami satu masa nanti, kerana permulaanya adalah KITA...

PERSOALAN...
Ada sahabat-sahabat yang bertanya, meluahkan kegusaran rasa hati apabila diri dilamar. Sahabat, mohonlah petunjuk dari ILAHI. perkahwinan bukanlah untuk masa 2-3 hari, ttp kalau diizinkan, hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya hanya pada DIA tempat kita bergantung...

Ya ALLAH...pimpinlah hati kami menuju jalanMU yang lurus...

Selamat PENGANTIN BARU buat SYIRA & ZAUJ...








لا إله إلاّ اللهإلهاً واحداً و نحن له مسلمون

0 bunga:

Post a Comment

Sampaikan kepadaku walau satu ayat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More