May 6, 2011

HARGAI MEREKA DI SEKELILINGMU

Bismillahirahmanirrahim...

saya terbaca kalam tokku Ibrahim, di satu petang selepas solat magrib, mencari sebuah tazkirah buat hati dr orang yang punya maqam di sisiNYA...ALLAH, tersentuh sekali hati ini...saya ingin kongsikan...

" Setiap insan mempunyai kehebatan, mereka adalah khalifah ALLAH yg terpilih. Fahamilah, insan yg ada di sisimu sudah termaktub dalam kitabNYA yg azali, telah disusun oleh ALLAH yang maha bijaksana.

Mereka ditetapkan menjadi suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara dan sahabatmu di alam ini.

Mereka adalah yang terbaik disisimu. Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka, mungkin kekurangan mereka yg menjadikan dirimu kuat.

Mungkin disebabkan kekurangan mereka, itulah yg menolakmub ke syurga kerana keberkatan kesabaranmu ke atasnya.

Hargailah kekuatan mereka, kekuatan itulah yg membantu kelemahanmu yg membawa kamu ke syurga.

Mereka adlh pasukan pilihan ALLAH padamu, pilihan ALLAH adlh yg terbaik. Bersamalah dgn mereka ketika susuah dan senang.

---ini hnyalah sbhgn dr Bisikan Sirr 1 yg ditulis tokku Ibrahim---

Hanya ALLAH yg tahu rasa hati ini taktala membaca bisikan sirr...Ya ALLAH, hanya padaMU tempatku mengadu, pimpinlah daku ya ALLAH...

mhn doa dr sahabat2 buat diri yg hina ini...

0 bunga:

Post a Comment

Sampaikan kepadaku walau satu ayat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More