June 18, 2009

Semester baru bakal menjelma

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang….

Assalamualaikum W.B.T …

Alhamdulillah, dah berlalu satu sem bagi tahun 2009, ini bermakna ana akan menghadapi sem 2 beberapa hari lagi, sesungguhnya cuti selama 3 minggu yang diberikan terasa begitu singkat. Hehe, apalah sumbangan ana sepanjang berada di rumah ni…yang pastinya, adk-adik yang dua orang kat rumah ni pasti sakit hati dengan kenakalan kakakmu…hehehe, jangan marah ye adiku sayang…buat adik ku yang kedua, yang telah berlepas ke IIUM, belajarla rajin-rajin…jaga maruah sebagai seorang muslimah. Ingatlah, sesungguhnya kita membawa ISLAM walau kemana saja kita berada.

Pelbagai perasaan bercampur baur, sedih, gembira untuk menyambut kedatangan semester baru, sedih sebab lepas ni dah tak boleh nak tidurkan adik, kene tunggu cuti yg akn datng…hihi , gembira juga sebab ada junior baru yang akan masuk, ini bermakna kekuatan kami untuk menggerakan amal jamaie akan bertambah, Insya’ Allah…dan yang paling penting ialah untuk meneruskan pengajian bagi menjadi guru…

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Qur'an:

"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ( ke medan perang) Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya?" (QS. At-Taubah:122)

Sesungguhnya, menuntut ilmu adalah wajib ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :
"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam"
(Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

Jadi nak atau tak nak, ana dan sahabat-sahabat seperjuangan perlulah bermujahadah dalam menuntut ilmu. sebenarnya, alam semasa belajar ni seronok, dan hakikatnya memang seronok, sebab apa, masa ni la kita belajar untuk rasa berdikari, rasa letih, rasa tak tidur sbb buat assignment –ana je la…namun begitu ramai juga antara kita yang memikirkan akademik sehinggakan tidak mahu melakukan aktiviti lain seperti bersukan dan juga kerja-kerja dakwah.

Untuk semester ni banyak juga perancangan yang bermain di dalam fikiran. Namun harus ana sedari bahawasanya kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH juga menentukannya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Doakan juga supaya kami semua terus berusaha bersungguh-sungguh agar bisa menjadi guru yang akan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara. Insya’ ALLAH…

لا إله إلاّ الله

1 bunga:

Insyirah said...

Subhanallah :)

kejayaan memerlukan mujahadah, tiada kejayaan datang secara 'tak sengaja' :)

Mga terus istiqamah (",)

Post a Comment

Sampaikan kepadaku walau satu ayat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More